Zlatan Ibrahimovic Perlekehkan Kemampuan Inter Milan Nak Jadi Juara Serie A Musim Ini

AC Milan semalam tewas dengan keputusan 2-4 di tangan Inter Milan, dalam aksi Derbi Della Madonnina ataupun derbi Milan.

Derbi kali ini menyaksikan kemunculan semula Zlatan Ibrahmovic yang dahulunya pernah bermain untuk Inter.

Inter Milan melakukan kebangkitan pada separuh masa kedua ke atas jiran mereka AC Milan.

AC Milan berada dua gol di hadapan pada separuh masa pertama menerusi Ante Rebic yang menerima hantaran Zlatan Ibrahmimovic.

Sementara gol kedua pula dihasilkan sendiri oleh Zlatan Ibrahimovic.

Malang sekali pada separuh masa kedua, Inter Milan menjaringkan 4 gol untuk membolehkan mereka merajai bandar Milan pada hari ini.

Marcelo Brozovic merapatkan jurang gol pada minit ke-51. Dan gol penyamaan Inter dijaringkan oleh Matias Vecino, dua minit selepas itu.

2 lagi gol Inter Milan terhasil menerusi Stefan De Vrij dan Romelu Lukaku, masing-masing pada minit ke-70 dan masa kecederaan 90+3.

Selepas tamat perlawanan Zlatan Ibrahimovic sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

Di mana menurut Zlatan, mereka berhenti bermain pada separuh masa kedua. AC Milan menyerah kalah terlalu awal dalam perlawanan ini, terutama sekali, selepas gol penyamaan oleh Inter.

Zlatan berkata: “Sukar nak jelaskan apa yang berlaku. Pada separuh masa pertama, kami sudah mengingatkan diri sendiri bahawa 15 minit pertama pada separuh masa kedua akan menjadi sangat penting dalam perlawanan ini.”

“Dan pada 15 minit pertama itulah kita melepaskan bolos 2 gol. Kami berhenti bermain, dan pasukan kami berputus asa. Kami berhenti melakukan pressing. Kami tidak melakukan hantaran dengan baik. Selepas gol penyamaan itu dan ke atas, semuanya hancur.”

“Kekalahan ini pelik, kerana separuh masa pertama, kita melakukannya dengan sempurna. Saya mengharapkan yang lebih daripada Inter pada separuh masa pertama, dan ternyata mereka beraksi tak seperti pasukan di tangga kedua.”

“Walaubagaimanapun, mereka benar-benar bangkit mempamerkannya pada separuh masa kedua.”

Selain daripada itu Zlatan juga merasakan pengalaman adalah perkara yang memisahkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini. Para pemain AC Milan tidak tahu cara untuk mengawal keadaan selepas mendahului 2 gol.

Ditanya sama ada Inter Milan sudah menunjukkan ciri-ciri pasukan juara Serie A musim ini, Zlatan berkata: “Saya tak rasa begitu.”

https://twitter.com/IFTVofficial/status/1226709714202918913

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN