Zinedine Zidane: Real Madrid Berhak Jadi Juara La Liga

Kerjasama Semuanya BOLA

Real Madrid

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengatakan pasukannya jelas sekali berhak untuk menjulang kejuaraan La Liga selepas persembahan baik mereka terutamanya sewaktu liga kembali bersambung.

Bercakap kepada media selepas perlawanan menentang Granada yang menyaksikan mereka menang dengan jaringan 2-1, Zidane memberikan kredit yang bukanlah kerana dirinya semata-mata Real Madrid mampu menjadi juara musim ini.

Sebaliknya, ianya turut disebabkan oleh kerja keras oleh para pemain yang berusaha dengan gigih untuk merangkul kejuaraan.

“Ya benar saya merupakan pengurus di sini tetapi dibelakang saya terdapat ramai individu-individu yang bekerja keras.”

“Ramai diantara mereka memberikan yang terbaik untuk pasukan ini.”

Kata Zidane lagi, ianya adalah menjadi tugas beliau untuk memastikan pasukannya sentiasa bersedia dan memberikan yang terbaik setiap kali menjejakkan kaki ke padang.

“Tugas kami di sini adalah untuk memastikan pemain sentiasa bersedia dan berada pada tahap prestasi yang terbaik setiap kali perlawanan dilangsungkan.”

“Bagi saya, para pemain telah melakukan persembahan melawan yang cukup hebat dan mereka berhak diberikan sekalung tahniah di atas usaha mereka.”

Los Blancos mempunyai peluang untuk menamatkan penantian La Liga selepas kali terakhir menjuarai saingan liga bola sepak tertinggi Sepanyol pada 2017.

Mereka boleh mengesahkannya dengan menumbangkan Villareal pada aksi yang bakal dilangsungkan pada Khamis ini.

Gol dari Ferland Mendy dan Karim Benzema memberikan tiga mata buat mereka semalam.

Baca juga artikel kami mengenai Real Madrid:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram