Zinedine Zidane: “Kami Ada 33 Trofi La Liga, Barcelona Ada Berapa?”

Zinedine Zidane menyatakan bahawa Real Madrid akan memberikan fokus kepada kejuaraan liga pada musim hadapan berbanding dengan UCL. Beliau juga agak tak gemar dengan pujian melambung oleh wartawan ke atas Barcelona di dalam sidang media beliau.

Zidane membantu Real Madrid menjuarai liga pada 2016/17. Dan kemudiannya liga Sepanyol menjadi milik Barcelona.

Bercakap kepada media, Zidane berkata:

“Kami ada 33 kejuaraan La Liga. Berapa pula yang Barcelona menang? Ya mereka melakukannya dengan baik dalam beberapa musim kebelakangan ini. Kami ucapkan syabas dan mengiktiraf apa yang mereka capai.”

“Namun apabila kita bercakap pasal jumlah kejuaraan liga yang Madrid miliki, saya tidak berkata perkara ini untuk mempertahankan diri. Saya bercakap pasal angka itu kerana kamu dari tadi berkata Barcelona melakukannya dengan baik dalam beberapa musim ini.”

“Kita perlu tukar dinamik ini. Saya boleh beritahu kamu bahawa kami akan cuba memulakan liga musim hadapan dengan sebaik mungkin. Kita harus jadikan liga Sepanyol sebagai sasaran utama.”

Zidane kemudian menjawab isu berkaitan siapakah penjaga gol no.1 Madrid ketika ini? Hal ini kerana Thibaut Courtois sudah kembali cergas.

“Courtois dan Navas ada kontrak dengan kelab ini. Itu tanggungjawab saya untuk kendalikan mereka. Buat masa ini, tidak perlu nak cerita akan hal ini. Saya sudah beritahu terus terang bahawa saya fokus untuk musim hadapan. Buat masa ini biarlah para pemain meneruskan tugasan mereka dahulu.”

Ditanya adakah Real Madrid akan melepaskan pemain seperti Bale pada jendela perpindahan akan datang.

Ini jawapan Zidane: “Jika kamu memilih untuk membeli pemain baharu, kamu harus merelakan seseorang pergi. Itu normal dalam skuad ini. Saya melihat situasi yang sama berlaku dalam kelab ini seperti tahun-tahun sebelum ini dan seperti mana kelab lain.”

Zidane juga tak terkejut dengan prestasi Karim Benzema. Ini kerana menurut Zidane, pemain tersebut sentiasa boleh bermain sebagai no.9 tunggal mahupun bergandingan dengan no.9 yang lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN