Zidane Terpaksa Tinggalkan Bale

Zinedine Zidane sebelum ini mempertahankan prestasi yang ditampilkan oleh Gareth Bale dalam perlawanan menentang Celta Vigo.

Namun untuk perlawanan pada minggu ini, nama bintang Wales itu tidak berada di dalam senarai pemain yang akan menentang Levante.

Bale berada di dalam kesebelasan utama dan bermain selama 84 minit dalam perlawanan sebelum ini untuk membantu Madrid seri 2-2 dengan Celta.

“Saya berpendapat Bale beraksi dengan baik dan kita harus tahu perjalanan masih jauh. Kita harus fikirkan apa yang dilakukan di atas padang untuk penambahbaikan,” ujar Zidane selepas perlawanan tersebut.

Namun demikian Bale tidak berpeluang untuk beraksi di dalam kesebelasan Madrid untuk berhadapan Levante pada hujung minggu ini.

Ini kerana pemain berusia 30 tahun itu dilaporkan mengalami masalah sakit perut sehingga tidak menjalani latihan sejak Rabu lalu.

Pemain penyerang, Luka Jovic juga tidak berada di dalam senarai Zidane selepas pamain antarabangsa Setbia turut mempunyai masalah sama dengan Bale.

Bagaimanapun Eden Hazard yang kembali dari kecederaan akan turut bersama skuad yang akan menentang Levante.

Satu lagi khabar gembira buat Zidane adalah kepulangan Marco Asensio dari kecederaan. Pemain itu tidak beraksi langsung sepanjang musim ini selepas kecederaan ligamen lutut yang serius.

Bale adalah antara pemain yang tidak pernah lekang dikhabarkan akan meninggalkan Real Madrid sejak beberapa musim yang lalu.

Pada Januari lalu Zidane seolah-olah mengubah pendiriannya mengenai pemain tersebut.

Zinedine Zidane menegaskan bahawa beliau berharap pemain itu akan terus kekal selepas pemain sayap itu dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Tottenham Hotspur.

Malah Zinedine Zidane mengakui bahawa Gareth Bale merupakan antara pemain yang beliau sangat harapkan

“Gareth ada bersama kami, saya tidak memikirkan kemungkinan seperti itu [Bale keluar]. Saya kini berharap kepada dia.”

Kenyataan Zinedine Zidane itu memberikan gambaran bahawa pemain itu akan memainkan peranan kepada cabaran Madrid musim ini.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply