Zidane Semakin Tertekan, Pochettino Calon Utama Pengganti Di Real

Mauricio Pochettino merupakan calon pilihan untuk menjadi pengurus baharu Real Madrid selepas Zinedine Zidane kini semakin tertekan susulan kekalahan kelab tersebut kepada Shakhtar Donetsk dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Selasa.

Pengurus warga Perancis itu kini berisiko untuk kehilangan pekerjaannya selepas Los Blancos kalah buat kali kedua kepada di peringkat kumpulan dan berisiko untuk gagal layak ke pusingan seterusnya buat kali pertama dalam sejarah kejohanan Eropah tersebut.

Real kini telah mengumpul tujuh mata daripada lma perlawanan dan wajib meraih kemenangan dalam perlawanan terakhir berdepan pandahulu kumpulan Borussia Monchengladbach.

Menurut laporan akhbar Sepanyol Marca, kebanyakan penyokong Real Madrid telah pun mendesak pihak pengurusan kelab untuk memecat Zidane sekiranya beliau gagal membuat perubahan dalam tempoh terdekat.

Sekalipun pernah membantu Real menjulang trofi UCL dan merapas kejuaraan La Liga dari Barcelona pada musim lepas, beliau dilhat bergelut untuk menghasilkan keputusan positif pada musim ini.

Dalam saingan liga, Real hanya menang lima daripada 10 perlawanan dengan tiga kekalahan serta dua seri dan hanya menduduki tangga keempat, ketinggalan tujuh mata dengan pendahulu Real Sociedad.

Pochettino kini menjadi calon pilihan untuk menggantikan pengurus berusia 48 tahun tersebut yang dilihat mampu membawa nafas baharu kepada kelab gergasi Sepanyol berkenaan.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur tersebut sememangnya mempunyai reputasi yang cukup baik selepas membimbing kelab England tersebut mara sehingga perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah selain menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kedua.

Beliau masih belum menyertai mana-mana pasukan sejak dipecat pada Disember tahun lepas sekalipun telah dikaitkan dengan beberapa pasukan termasuk Manchester United.

Bola sepak Sepanyol pastinya tidak asing buat Pochettino kerana semasa kariernya sebagai pemain beliau pernah beraksi untuk Espanyol dan dilantik sebagai pengurus pasukan selama tiga musim pada 2009 hingga 2012.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Pochettino:

Penyokong Arsenal Gesa Pecat Arteta, Ganti Dengan Pochettino

Kalah Berturut-Turut, Real Madrid Mula Hubungi Mauricio Pochettino

Pelik Kalau Pochettino Jadi Jurulatih Barcelona, Tapi Tak Mustahil

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply