Zidane Sah ‘Angkat Kaki’, Real Madrid Dilapor Jadikan Conte Pilihan Utama

Zinedine Zidane Antonio Conte Real Madrid

Real Madrid kini sedang gigih memburu pengurus baharu selepas Zinedine Zidane telah disahkan akan meninggalkan kelab tersebut buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Berita tersebut pantas disambut oleh pelbagai spekulasi di media mengenai siapa calon terbaik untuk menggantikan tempat Zidane dan nama yang paling kuat dikaitkan adalah Antonio Conte.

Jurulatih warga Itali itu baru sahaja membuat keputusan mengejut dengan meletakkan jawatannya selaku Pengurus Inter Milan hanya beberapa hari selepas menjulang kejuaraan Serie A.

Nama lain yang juga dikaitkan adalah legenda kelab itu sendiri iaitu Raul Gonzalez yang kini sedang mengurus pasukan simpanan Real Madrid Castilla.

Walaupun cuma tewas dalam perebutan kejuaraan liga hanya dengan perbezaan dua mata dengan Atletico Madrid, namun menamatkan saingan musim ini tanpa sebarang piala dianggap sesuatu yang mengaibkan dan memberikan tekanan besar terhadap Zidane.

Jurulatih warga Perancis itu sebelum ini telah menghadiahkan 12 kejuaraan sebagai pengurus dan beliau juga meraih karier yang hebat bersama kelab yang berpangkalan di ibu kota Sepanyol tersebut.

Minggu ini menyaksikan situasi yang agak menarik di mana perhatian peminat lebih tertumpu kepada perpindahan yang melibatkan pengurus.

Zidane dilaporkan sedang berunding untuk menggantikan Muricio Pochettino di Paris Saint-Germain (PSG) setelah pengurus dari Argentina itu dikatakan mahu kembali semula ke Tottenham Hotspur.

Tempat Conte di Inter pula mungkin bakal diisi oleh Simeone Inzaghi yang telah meletakkan jawatan di Lazio.

Juventus pula dilaporkan akan menghentikan eksperimennya terhadap Andrea Pirlo dengan Max Allegri merupakan calon utama untuk kembali mengurus kelab Turin tersebut.

Tetapi ada juga laporan yang mengatakan Zidane dan Conte juga berminat untuk menjadi pengurus Juventus dengan kedua-duanya merupakan rakan sepasukan ketika beraksi di kelab tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Dulu Kejarkan Real Madrid, Kini Max Allegri Patah Balik Ke Juventus

Kelab Ini ‘Tercengang’ Hanya 3% Penyokong Tuntut Semula Wang Pas Bermusim Mereka

Aguero & Wijnaldum Sudah, Kini Barcelona Tunggu Kata Putus Dari Memphis Depay

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply