Zidane: “Saya Tak Sabar Nak Tunjuk Kehebatan La Liga Kepada Pasukan Premier League”

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Perlawanan UEFA Champions League (UCL) menyaksikan 2 pasukan dari La Liga dan juga Premier League bakal bertemu sesama sendiri.

Real Madrid bakal bertemu Tottenham Hotspur di Santiago Bernabeu.

Kedua-dua pasukan kini sedang beraksi cemerlang dalam saingan kumpulan selepas mengutip 6 mata dari 2 perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Bagi pengurus Real Madrid iaitu Zinedine Zidane, beliau berasakan inilah peluang terbaik untuk menunjukkan kehebatan pasukan La Liga.

Beliau nyata mempunyai azam yang jelas – mahu menunjukkan kehebatan pasukan La Liga kepada pasukan Premier League.

“Semua orang punya persepsi. Saya gemar untuk bermain di kejohanan ini dan menentang pasukan dari England.”

“Semua orang tahu yang liga England terkenal dengan corak permainan yang fizikal dalam taktikal mereka.”

“Ia memberikan pandangan yang pasukan dari England merupakan pasukan untuk menang. Jadi kami mahu tunjukkan kehebatan pasukan La Liga kepada pasukan Premier League pada perlawanan ini.”

Dalam masa yang sama, Zidane juga menzahirkan minat beliau kepada penyerang Harry Kane.

“Peningkatan mendadak Harry Kane cukup mengejutkan saya.”

“Saya boleh katakan beliau mampu untuk menjadi pemain yang lengkap dari segala segi pada masa akan datang.”