Zinedine Zidane Akui Tak Terkejut Lihat ‘Backheel’ Dari Karim Benzema

Karim Benzema

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane nyata cukup gembira dan memuji bantuan jaringan yang dilakukan pemain penyerang, Karim Benzema pada aksi La Liga 2019/20 menentang Espanyol di RCDE Stadium, awal pagi tadi.

‘Backheel’ cantik dari Benzema dalam kawasan penalti tuan rumah telah membuka ruang buat Casemiro untuk menolak masuk bola bagi memberikan gol pendahuluan pada masa kecederaan babak pertama yang juga merupakan gol tunggal aksi tersebut.

Kemenangan berharga itu sudah cukup untuk meletakkan Real Madrid kini dua mata di hadapan musuh tradisi, Barcelona.

Mengulas mengenai bantuan jaringan yang menarik dijelmakan oleh Benzema itu, Zidane menganggap perkara tersebut tidak mengejutkannya tetapi mengakui ia bakal menjadi antara detik terindah pada musim ini.

”Ia [hantaran Benzema] tidak mengejutkan saya. Dia merupakan pemain sentiasa akan mencipta sesuatu. Dan kemudiannya Casemiro berada di situ untuk menjaringkan gol.”

”Perkara ini akan menjadi salah satu detik yang terbaik dalam saingan La Liga musim ini,” ujar Zidane menurut laporan Goal.

Casemiro dalam pada itu turut senada dengan pengurusnya apabila melihat apa yang telah dilakukan oleh Benzema dalam memberikan peluangnya untuk menjaringkan gol.

”Bagi saya, apa yang dilakukan oleh Karim adalah perkara biasa. Kami semua tahu kualiti yang dimilikinya bukan pada peranan nombor sembilan, tetapi nombor 10.”

”Saya amat mengenalinya, saya tahu bagaimana cara dia bermain dan kualiti dimilikinya. Saya meminta bola dan hantaran ‘backheel’nya memang luar biasa.”

Kredit featured image: Bob Thomas/Popperfoto via Getty Images/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Karim Benzema:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram