Zhafri Yahya Mahu Beri Sumbangan Lebih Bermakna Bersama Kuala Lumpur

ZHafri Yahya

Penampilan untuk tahun keenam bersama Kuala Lumpur pada musim depan buat Zhafri Yahya, pasti mahu dilihat dari sudut berbeza buat pemain berusia 26 tahun itu yang mahu mencipta lebih banyak sejarah gemilang bersama skuad warga kota.

Penampilan semula di CIMB Liga Super selepas pernah merasainya selama dua musim pada 2018 dan 2019, menjadi azimat terbaik buat Zhafri dan rakan-rakan yang berharap Kuala Lumpur lebih bersedia memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan elit.

Dia mengakui tidak rela melihat Kuala Lumpur sekali lagi perlu bergelut dalam mempertahankan slot mereka di CIMB Liga Super seperti mana dialami sebelum ini dan mempertaruhkan kepercayaan kepada pihak kejurulatihan serta pengurusan dalam mendapatkan pemain-pemain yang boleh membantu pasukan.

”Sejak bersama Kuala Lumpur dari 2016, pelbagai cabaran serta pengalaman pahit manis yang saya telah lalui dan musim depan, saya sekali lagi dapat berpeluang membantu Kuala Lumpur di CIMB Liga Super.”

”Pengalaman selama dua musim di CIMB Liga Super pada 2018 dan 2019 mungkin dapat membantu saya selain tahu apa diperlukan bagi membantu Kuala Lumpur berikan saingan.”

”Selain itu, saya harap pasukan juga akan dibantu pemain-pemain yang boleh memberikan kekuatan tambahan kepada pasukan kerana cabaran di CIMB Liga Super sangat berbeza memandangkan semua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang.”

”Mungkin terlalu awal untuk saya katakan mengenai peluang kami pada musim depan memandangkan pengurusan masih dalam proses lakukan perancangan, cuma saya sebagai individu mahu berikan sesuatu yang lebih bermakna kepada Kuala Lumpur selepas sekian lama di sini, ” katanya.

Zhafri yang merupakan produk Piala Presiden Selangor dibawa oleh bekas jurulatih, Ismail Zakaria pada musim 2016 ketika Kuala Lumpur di saingan Liga Premier sebelum skuad warga kota itu muncul juara pada 2017.

Sudah mengumpul 110 caps dengan 94 bermula di kesebelasan utama, Zhafri yang beraksi di posisi tengah adalah pemain paling senior di dalam pasukan Kuala Lumpur buat masa ini.

Pada musim ini, Zhafri bermula dalam tujuh daripada sebelas perlawanan Liga Premier dan secara keseluruhan, dia telah menjaringkan lapan gol buat Kuala Lumpur sejak bersama pasukan dari 2016.

Dalam pada itu,, Zhafri memberikan penghargaan kepada Kuala Lumpur yang menjadi medan buatnya meneruskan karier selaku pemain bola sepak profesional malah dia sendiri tidak menyangka terus kekal bersama pasukan sehingga hari ini.

”Kalau memang diikutkan, Kuala Lumpur ini diibaratkan seperti tempat saya merasai bola sepak sebenar dan banyak perkara yang saya pelajari sehingga mematangkan saya sebagai pemain.”

”Saya ucapkan terima kasih kepada jurulatih-jurulatih terdahulu di Kuala Lumpur serta pihak pengurusan yang dapat mencungkil bakat saya.”

”Dalam hati ini, saya cukup sayang dengan pasukan Kuala Lumpur dan harap mampu hadiahkan lagi sebarang kejuaraan di masa akan datang,” tambah Zhafri Yahya lagi.

Kredit featured image: Kuala Lumpur Hawks

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN