Zaquan Adha Kongsikan Aktivitinya Ketika ‘Movement Control Order’

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Zaquan Adha aktiviti rumah perintah kawalan pergerakan

Saat ini, seluruh negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020 disebabkan penularan pandemik CONVID-19 yang semakin serius. Ianya telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac lalu.

Tiada sebarang aktiviti sosial, sukan mahupun keagamaan dibenarkan untuk tempoh 14 hari ini bagi membendung pandemik merbahaya tersebut daripada menular.

Liga Malaysia juga ketika ini ditaguhkan untuk satu tempoh masa yang tidak dapat dipastikan. Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengeluarkan garis panduan untuk pemain-pemain dalam melalui fasa ini.

Latihan tidak boleh dijalankan, pemain asing dilarang meninggalkan Malaysia dan tiada perlawanan persahabatan boleh dilangsungkan sepanjang tempoh perintah kawalan tersebut. Jadi, apakah aktiviti pemain-pemain kita yang ‘berehat’ di rumah?

Dalam perkongsian pemain sayap menyerang Kedah, Zaquan Adha di laman Instagramnya, beliau pada awalnya telah merancang untuk pulang ke kampung halamannya di Seremban, sebelum pengumuman oleh Perdana Menteri.

Menganggap tiada rezeki buatnya untuk pulang ke Seremban menziarahi ibu dan sanak keluarganya, beliau mendoakan moga akan ada hikmah disebaliknya.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, Zaquan Adha akhirnya memutuskan tidak ke mana-mana dan telah memikirkan kaedah untuk memastikan anak-anaknya gembira – membina Taman Tema Airnya sendiri di laman rumah.

“Jadi, mungkin anda yang sudah mempunyai keluarga dan anak-anak, bolehkan cuba rancang aktiviti seperti ini di rumah,” cadang Zaquan Adha di postingnya itu.

Zaquan Adha turut sempat menitipkan ucapan selamat bercuti dan turut berpesan agar semua peminat bola sepak di Malaysia untuk menjaga kesihatan.

Pertahanan kental Kedah, Shakir Hamzah turut tidak terkecuali apabila dilihat telah memuat naik aktivitinya di rumah bersama keluarga dan anak-anak. Tidak dapat pulang ke Singapura, Shakir Hamzah telah ‘terperangkap’ di Kedah buat masa ini.

Menurut perkongsian di Instagramnya, sebagaimana rakan sepasukan, Zaquan Adha, kelihatan anak-anaknya sedang mandi kolam di rumah untuk memenuhi masa.

Jadi, peminat-peminat bola sepak di Malaysia, apakah aktiviti anda ketika melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini? DIharapkan agar kita sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa agar pandemik ini akan berakhir dengan segera.

KREDIT FEATURED IMAGE: INSTAGRAM ZAQUAN ADHA

Baca juga artikel kami yang lain mengenai CONVID-19: