Zaquan Adha: Jangan Ambil Mudah Empat Perkara Wajib Ditetapkan MFL

Zaquan Adha

Penyerang Kedah, Mohd Zaquan Adha Abd. Razak mengakui tidak perlu untuk terkejar-kejar untuk kembali memulakan latihan tetapi sebaliknya menyifatkan empat perkara wajib ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) amat penting untuk dilakukan terlebih dahulu sebelum pasukan benar-benar bersedia.

Kedah bakal memulakan latihan pada 23 Jun ini di mana Zaquan menganggap tarikh itu tidaklah terlalu lewat meskipun pasukan sepatutnya berlatih bermula hari ini (15 Jun).

Jelasnya, apa yang paling utama adalah pasukan mematuhi arahan MFL dengan salah satunya adalah setiap pemain dan pegawai perlu menjalani ujian calitan atau swab test dan keputusan hendaklah diserahkan kepada MFL.

Selain itu, setiap pasukan perlu melantik seorang pegawai penyelaras untuk memantau pematuhan SOP di peringkat pasukan, menamakan pusat latihan yang tertutup dan venue latihan perlu didaftarkan melalui pautan notification.miti.gov.my (MITI).

Justeru, pemain berusia 33 tahun ini merasakan keempat-empat perkara tersebut tidak boleh diambil mudah semata-mata untuk mengejar tarikh paling awal bagi memulakan latihan kerana ia bakal mengundang risiko yang tidak diingini dan sudah pasti, setiap pemain dan jurulatih ingin kembali berlatih dalam keadaan yang benar-benar selamat dan terkawal mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Bagi saya, tidak perlulah terburu-buru untuk kita memulakan latihan sekiranya empat perkara itu belum lagi selesai dan sekarang kita pun tahu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berlanjutan sehingga 31 Ogos ini.

“Jadi, kita ada masa sehingga sebulan lebih untuk berlatih mengikut SOP yang betul dan macam Kedah, kami akan mulakan latihan pada 23 Jun, jadi pemain-pemain yang dari negeri lain juga ada masa untuk kembali ke Kedah bagi bersedia dan melakukan ujian calitan.

“Bukan itu sahaja, sebagai pemain, kami juga ada lebih masa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan peraturan baharu dalam padang manakala daripada segi teknikal pula, mereka juga dapat bersedia dengan lebih baik bagi mempersiapkan apa yang patut sebelum 23 Jun ini,” katanya.

Terdapat beberapa pemain dan pegawai Kedah sudah melakukan “swab test” pada hari ini manakala selebihnya pada keesokan hari termasuklah Zaquan sendiri.

Tambah bekas kapten Harimau Malaya itu, dirinya yang sudah berkeluarga akan berada dalam risiko yang lebih besar apabila latihan bakal bermula kerana dia perlu memikirkan tahap kesihatan isteri dan anak-anak juga selepas terdedah dengan keadaan luar dengan lebih kerap selepas ini.

Oleh itu, Zaquan akan memastikan penjagaan dan kebersihan dirinya berada di tahap maksimum kerana enggan meletakkan keluarga dalam risiko.

“Sudah semestinya, saya kena lebih berhati-hati apabila latihan sudah bermula apatah lagi saya tinggal bersama isteri dan anak-anak di mana kesihatan mereka juga perlu dititikberatkan.

“Sepertimana SOP yang telah dikeluarkan MFL untuk pemain bersiap terus daripada rumah untuk ke tempat latihan dan, terus pulang ke rumah apabila sudah selesai berlatih adalah tepat kerana kami tidak perlu berada di luar terlalu lama.

“Jadi, apabila dah balik ke rumah, saya akan cepat-cepat mandi dan membersihkan diri kerana tidak mahu keluarga saya berada dalam risiko berbahaya apabila kami sudah berpeluh di tempat latihan”, jelas Zaquan Adha lagi.

Setakat ini, masih tiada pasukan yang dibenarkan memulakan latihan pada hari ini apabila mereka belum lagi menyelesaikan empat perkara wajib tersebut termasuklah menyerahkan keputusan “swab test” kepada MFL.

Kredit featured image: FA Kedah

Baca artikel lain dari kami mengenai skuad Liga Super Kedah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN