Zainal Abidin Selamat, CEO Melaka United Pula ‘Angkat Kaki’

zainal-abidin-hassan-melaka-united-2021

Jodoh Zainal Abidin Hassan bersama Melaka United nampaknya berpanjangan apabila sah dikekalkan, namun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pula pilih untuk ‘angkat kaki’.

Datuk Mohd Saiful Mat Sapri disahkan meninggalkan posisinya itu pada sidang media semalam disebabkan mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya dan telah diambil alih sendiri oleh pemilik pasukan, Datuk Seri Justin Lim.

Saiful telah mengumumkan peletakan jawatan petang semalam selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) merangkap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Sebelum ini, pengurusan baharu Melaka United telah memberikan Zainal Abidin dua ‘talian hayat’ jika mahu kekal membimbing skuad Hang Tuah iaitu aksi berdepan Perak FC dan Kedah Darul Aman, namun beliau masih kekal bersama untuk empat aksi.

Dalam empat aksi sebelum Liga Super berehat, mereka hanya merekodkan empat mata – menang ke atas Perak dan terikat tanpa jaringan berdepan PJ City FC. Mereka tewas 1-3 ke atas Kedah dan Sabah FC dalam baki dua perlawanan lagi.

Melihat kepada keputusan itu, seharusnya khidmat Zainal Abidin tidak lagi disambung, namun Justin dan pengurusan pasukan masih menaruh kepercayaan terhadapnya.

Khidmatnya juga hampir tidak disambung pengurusan lama pada awal musim lalu apabila melalui musim yang hambar. Untuk musim 2020, Melaka United menamatkan musim di kedudukan ke-9 dengan mengumpul 11 mata daripada 11 perlawanan.

Saiful dilantik pada awal musim sebagai sebahagian daripada proses penswastaan pasukan, namun dengan pengambilalihan syarikat swasta iaitu KenTEAM, mungkin beliau merasakan ini masa yang terbaik untuk beliau melepaskan tugasnya itu.

Dalam pada itu, Justin turut memaklumkan kemasukkan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Gary Steven Robbat yang dipinjam sehingga penghujung musim ini. Sebelum ini turut hebat dikhabarkan tentang penyertaan semula Safiq Rahim.

Namun, masih belum disahkan lagi mengenai penyertaan semulanya yang kembali ke JDT pada awal musim lalu. Segalanya dikatakan masih dalam proses perbincangan.

Dalam 13 perlawanan liga setakat ini, Melaka United berada di kedudukan ke-11 dengan mengumpul 11 mata. Mereka masih mampu untuk keluar daripada zon penyingkiran kerana perbezaan mata yang kecil dengan pasukan di atasnya.

Berada di atas skuad Hang Tuah ketika ini adalah Perak dan Sri Pahang FC yang telah merekodkan 12 mata. Persaingan mengelak penyingkiran yang boleh dikatakan sengit kerana jurang mata yang kecil dan jendela perpindahan yang telah dibuka kini.

Baca lagi artikel lain yang terkini mengenai bola sepak tempatan:

Hafizul Hakim Tidak ‘Terliur’ Dengan Peluang Ke Piala AFC?

Lee Tuck Dipilih Kerana Sudah ‘Masak’ Cara Nafuzi, Adakah Sanjar Juga Akan Kembali?

Datuk Seri Vida Mahu Kembali Ke Liga Malaysia Dengan Jadi Pemilik Perak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN