Zainal Abidin Mahu Lengkapkan Kuota Pemain Import Pada Minggu Hadapan

Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan mendedahkan bahawa akan melengkapkan kuota pemain importnya pada minggu hadapan.

Selepas memilih untuk tidak akan mengambil pemain dari Asia Tenggara (ASEAN), Melaka United hanya perlu mengisi satu sahaja lagi kuota pemain import dalam usaha memantapkan pasukan tersebut menghadapi kancah Liga Malaysia 2020.

Melaka United ‘Korbankan’ Kuota Pemain Import ASEAN

Setakat ini, skuad Hang Tuah itu telah membawa masuk bekas pemain import dari PKNS FC, Romel Morales dan Uche Agba [PDRM FA] selain mengekalkan khidmat pemain pertahanan kelahiran Korea Selatan,  Jan Suk-won.

”Kami masih kekal dengan keputusan untuk menggunakan empat pemain import.”

”Beberapa pemain asing yang akan datang untuk penilaian, dan akan memuktamadkan pemain import terakhir itu pada minggu hadapan.”

Zainal Abidin

”Selepas ianya disahkan, mereka [pemain import] mempunyai lebih sebulan untuk bergabung dengan pemain yang lain,” ujar Zainal kepada The Star Online.

”Kami telah memasuki minggu kelima dalam pra-musim dan kami masih memfokuskan kepada pembinaan kecergasan pemain. Saya dapat melihat peningkatan.”

Selain daripada tiga pemain import tersebut, Melaka United telah memperkuatkan pasukan dengan membawa masuk pemain-pemain seperti Ahmad Syamim Yahya, Nurridzuan Abu Hassan, Aizulridzwan Razali, Annas Rahmat, Khair Jones, Ferris Danial Mat Nasir, Khairul Anwar Shahrudin serta Norazlan Razali.

Kredit foto: Melaka United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN