Zainal Abidin Hassan Lega, Sedia Patuhi SOP Bakal Ditetapkan

Zainal Abidin

Ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan menyambut baik pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan aktiviti latihan bola sepak kembali dijalankan bermula 15 Jun sebagai sesuatu yang positif selain sudah bersedia mendengar apa sahaja SOP yang ditetapkan.

Walaupun beliau berasakan empat minggu sudah mencukupi buat pemain-pemainnya mendapatkan kembali kecergasan dalam hadapi perlawanan kompetitif tetapi melalui kebenaran ini, beliau boleh tersenyum lebar kerana banyak perkara boleh dilakukan sebelum liga bermula September depan.

“Sememangnya situasi ini memang di luar jangka kerana pemain seolah-olah menghadapi persiapan pra musim sebanyak dua kali dalam tempoh satu musim.

“Namun, melalui berita disampaikan semalam [kelmarin], saya rasa lega dan kini kami sedia mendengar apa sahaja SOP yang perlu dipatuhi.

“Mungkin suasana dalam latihan nanti akan sedikit berbeza kerana ada banyak SOP perlu dipatuhi tetapi kita akan cuba atasi rasa kekok itu bagi memastikan latihan dapat dijalankan,” tambah Zainal Abidin Hassan lagi.

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan bahawa latihan bola sepak, sama ada secara profesional atau sosial telah dibenarkan untuk dijalankan semula mulai 15 Jun 2020.

Bagaimanapun, kebenaran itu tidak membabitkan sebarang bentuk pertandingan tetapi hanya untuk memulakan sesi latihan dengan SOP yang ketat.

Saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 yang terhenti selepas mengharungi empat perlawanan menyaksikan Melaka United terperosok ke tangga ke-11 walaupun menang pada dua perlawanan selepas pasukan tersebut menerima hukuman pemotongan tiga mata berikutan kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan.

Kredit featured image: Melaka United Soccer Association – MUSA

Baca artikel lain dari kami mengenai kebenaran aktiviti latihan bola sepak:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram