Yusri Che Lah Sakit Kepala Memikirkan Masalah Skuad The Red Warriors

Hukuman sekatan perpindahan yang dikenakan ke atas pasukan Kelantan susulan kegagalan melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan pada bulan Disember lepas memberi kesukaran kepada pengendali pasukan itu, Yusri Che Lah untuk membariskan barisan terbaik dalam perlawanan yang seterusnya.

Walaubagaimanapun, bekas jurulatih Kuala Lumpur itu redha dengan situasi yang sedang dihadapi dan akan meletakkan kepercayaaan kepada barisan pemain yang sedia ada untuk menghadapi baki saingan Liga Premier musim ini.

“Saya kena reda dengan situasi yang dihadapi oleh Kelantan ketika ini (sekatan mengambil pemain).

“Walaupun ia agak berat, namun kita akan tetap berusaha dengan barisan pemain yang ada. Mungkin lepas ini saya terpaksa telan lebih banyak panadol,” katanya dalam utusan malaysia

Yusri Che Lah mula membimbing Kelantan sejak dua hari lalu. FOTO: KAFA

Malah, Kelantan juga kini berdepan krisis kecederaan apabila pemain import pasukan itu dan David Rowley menyertai senarai pemain yang tercedera termasuk bintang tengah mereka, Nik Akif Syahiran.

Selain itu, seorang lagi pemain import iaitu Flavio Beck Junior kemungkinan akan meninggalkan skuad The Red Warriors dalam masa terdekat sekaligus memeningkan lagi kepala Yusri untuk memikirkan barisan terbaik.

“Kita mungkin hanya ada Cassio De Jesus seorang tapi dia masih perlukan dua hingga tiga minggu untuk pulih daripada kecederaan dan pasti saya akan terlepas khidmatnya untuk tiga perlawanan penting, sepanjang bulan ini.

“Sudah tentu saya harapkan keajaiban, cuba bayangkan jika kita boleh ambil pemain import dan pemain tempatan sedia ada, sekurang-kurangnya Kelantan masih mampu bersaing,” ujarnya.

Skuad The Red Warriors turut melepaskan peluang terbaik keluar daripada tangga tercorot Liga Premier apabila terikat tanpa jaringan dengan Sarawak dalam pertemuan di Stadium Sultan Muhammad IV, dua hari lepas.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram