Yusri Che Lah: Pemain ‘Bajet Star’ Tiada Tempat di Kelantan

Bola sepak adalah sukan yang memerlukan kerjasama berpasukan dan tiada individu yang lebih besar dari pasukan. Bagi pasukan Kelantan pula,, tiada istilah ‘pemain bintang’ dalam pasukan itu.

Perkara itu ditegaskan sendiri oleh ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah dalam temubualnya bersama Bernama. Beliau menjelaskan semua pemain di dalam pasukannya mempunyai peluang yang sama untuk membarisi kesebelasan utama.

Menurutnya setiap pemain perlu memberikan aksi terbaik sepanjang sesi latihan dan perlawanan persahabatan yang telah diatur sepanjang tempoh persediaan pra-musim bagi memastikan pasukan cukup bersedia untuk menghadapi saingan Liga Premier pada musim ini.

Posted by Kelantan FA on Sunday, 2 February 2020

“Saya tidak memandang status ‘bintang’ kerana ia bukan tiket utama kepada pemain itu untuk melayakkan disenarai dalam kesebelasan, sebaliknya perlu berusaha untuk merebut tempat.

“Tiada pemilihan berdasarkan kepada status sama ada bintang, senior atau junior. Apa yang menjadi keutamaan saya ialah kehendak mereka yang tinggi untuk menyumbang kepada pasukan bagi mencapai sasaran ke Liga Super musim depan,” katanya.

Jurulatih berusia 43 tahun itu percaya bahawa para penyokong yang menonton perlawanan pada hari ini bukan lagi mahu melihat nama pemain tertentu, tetapi lebih mementingkan kualiti atau mutu permainan yang mampu memberikan keputusan yang baik kepada pasukan.

Kelantan Bangkit 2020#KelantanFA#GomoKelateGomo#TeamRedWarriors#TheRedWarriors#KelantanBangkit2020#BersamaMembinaIndustriBolaSepakKelantan#MenontonSambilMembantu

Posted by Kelantan FA on Friday, 10 January 2020

“Pemain yang merasakan mereka mempunyai nama besar dalam arena bola sepak jangan merasa selesa untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan saya,” kata jurulatih kelahiran Perlis itu lagi.

Prestasi Kelantan sepanjang tempoh persediaan pra-musim setakat ini boleh dianggap baik kerana masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam beberapa perlawanan persahabatan.

Kredit Foto: Kelantan FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram