Yusri Che Lah Minta Bantuan JDT II Singkirkan Sarawak

Pengendali skuad Kelantan, Yusri Che Lah, secara terbuka mengharapkan bantuan daripada JDT II bagi membolehkan mereka mara ke separuh akhir Piala Cabaran 2019.

Kelantan tewas 3-1 di tangan JDT II dalam aksi Piala Cabaran sebelum ini menentang JDT II. Sekaligus membuka peluang kepada Sarawak untuk mengiringi JDT II ke pusingan kalah mati.

Kelantan sudah menamatkan kesemua aksi peringkat kumpulan.

Jika JDT II mengalahkan Sarawak, dalam aksi selepas ini, ia akan membolehkan Kelantan menjadi naib juara kumpulan A.

Jika keputusan seri, Sarawak akan mara. Begitu juga jika JDT kalah, ia akan menutup peluang untuk Kelantan mara.

Yusri Che Lah mula membimbing Kelantan sejak dua hari lalu. FOTO: KAFA

Selepas tamat aksi di Pasir Gudang, di mana Kelantan tewas di tangan pasukan tuan rumah, Yusri berkata:

“Tahniah kepada pasukan JDT II. Kemenangan ini membolehkan mereka mara ke separuh akhir sebagai juara kumpulan A.”

“Sekali lagi, saya mengharapkan berlakunya keajaiban di Kuching.”

“Kami berdoa agar JDT menang di sana [Kuching], sekaligus membolehkan Kelantan layak ke separuh akhir.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN