Quantcast

LIGA MALAYSIA

Yusoff Mahadi Pertimbangkan Pemain Import Baru Pertengahan Musim

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Wira Yusoff Mahadi memberitahu yang pihak pengurusan tertinggi dalam pertimbangan untuk menukar beberapa pemain import yang ada.

Musim ini, Melaka diperkuatkan oleh tenaga import, Yahor Zubovich, Shahdan Sulaiman (ASEAN), Tiago Gomes, Steven Thicot dan Jong Woo (Asia).

Beliau menyatakan kekecewaan beliau melihat prestasi kurang memberangsangkan beberapa pemain import.

“Beberapa pemain import tidak menunjukkan prestasi seperti yang kami harapkan.”

Lantas, beliau menggambarkan langkah pro-aktif akan diambil pada jendela perpindahan yang akan dibuka kelak.

Melaka disingkirkan oleh Kuala Lumpur dalam pusingan ke-3 Piala FA di hadapan penyokong mereka sendiri menerusi penentuan sepakan penalti.

Datu Wira Yusoff Mahadi juga sudah mengesahkan yang pihak mereka sedang meneliti prestasi beberapa pemain yang berpontensi untuk dibawa masuk. Mereka mahu mencari pemain yang mampu membentuk gandingan yang lebih bertenaga.

Kesebelasan utama skuad Melaka United. FOTO: Melaka United

Mengulas tentang pemain-pemain tempatan, beliau buat masa ini tidak menerima ada cadangan untuk menukar mereka. Ini kerana amat sukar untuk mencari pemain tempatan yang terbaik kerana pilihan yang terhad.

“Tiada perubahan dalam kalangan pemain tempatan dengan kemungkinan besar semua akan dikekalkan. Ia disebabkan kitaran pemain tempatan terbaik agak terhad dengan mereka sudah mewakili pasukan masing-masing.”

Selepas LS5, Melaka berada di tempat ke-4 hasil 3 kemenangan dan 2 kekalahan. Pandangan peribadi kami, Yahor Zubovich rasanya tiada dalam senarai untuk dikeluarkan.

Adakah ini langkah yang tepat untuk pasukan Melaka? Kami mahu dengar pandangan anda.