Yusoff Mahadi: “Peraturan Pemotongan Mata Sudah Lama Wujud”

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Sebelum ini FMLLP telah memberikan amaran kepada beberapa pasukan dalam Liga M agar menyelesaikan tunggakan gaji pemain mereka atau berhadapan pemotongan mata.

Presiden FAM, TMJ dalam sidang media di Kota Kinabalu selepas mesyuarat Exco FAM telah memberikan amaran serupa. FAM akan membayar semua hutang FAM kepada pasukan-pasukan Liga Super dan Liga Premier.

Selepas wang tersebut dibayar, giliran kelab atau pasukan pula membayar tunggakan gaji pemain. Namun TMJ bertitah, duit yang diterima dari FAM tidak akan membantu mereka menyelesaikan hutang.

Duit tersebut hanyalah hak yang mereka harus dapat dari FAM. Sebagai contoh, FAM membayar mereka RM250,000 dan hutang mereka sejuta, mereka masih perlu menjelaskan hutang sejuta itu.

Mereka tidak boleh beralasan, kami sudah memasukkan semua RM250,000 untuk membayar tunggakan gaji pemain. Manakala baki RM750,000 masih tergantung.

Isu ini ditegaskan sekali lagi oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi. Beliau juga menyokon tindakan yang diwar-warkan FMLLP ini.

Bercakap kepada Bernama, Yusoff Mahadi turut menyatakan, ia bukan perkara baru dalam bola sepak. Beliau menambah:

“Tiada gunanya sekiranya peraturan yang sedia ada tidak dikuat kuasakan. Jika sesuatu peraturan tidak pernah digunakan, lebih baik tak payah ada peraturan.”

Beliau yakin langkah ini adalah untuk memastikan masalah ini tidak menjadi barah yang terus merebak di dalam bola sepak di negara kita.

FMLLP memberikan bayangan bahawa ada 6 pasukan yang berpotensi untuk dipotong mata kerana masalah hutang ini.

Baca juga: Video Pendek Menghargai 500 Gol Lionel Messi Untuk Barcelona