Young Boys Tak Goyang Ancaman Manchester United

Young Boys tak goyang dengan ancaman Manchester United dan mereka optimis untuk mempamerkan aksi persembahan terbaik dalam aksi pertemuan bertemu Red Devils nanti.

Menjelang pertemuan antara Young Boys bertemu Man Utd dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Champions League musim ini, pemain pertahanan, Jordan Lefort telah tampil bercakap tentang persediaan pasukannya.

Lefort telah ditemu bual oleh Get French Football News dan beliau telah membincangkan tentang pendekatan skuadnya bagi berdepan dengan Man Utd, dan turut bercakap tentang kejayaan mereka di pentas saingan domestik.

Bekas pemain pasukan Amiens itu sebelum ini pernah menghabiskan masa selama hampir sedekad beraksi dalam saingan bola sepak Perancis.

Bermula dari beraksi di division ketiga, beliau berjaya beraksi dalam saingan Ligue 1 sebelum melengkapkan perpindahannya ke Switzerland untuk beraksi bersama Young Boys pada Januari 2020.

Bersama Young Boys, beliau telah berjaya memenangi dua gelaran liga, memenangi Swiss Cup dan kini sedang bersedia untuk membuat penampilan kedua di pentas bola sepak Eropah.

Lefort pada musim lalu merupakan antara pemain terpenting Young Boys dalam aksi mereka di pentas Europa League termasuk ketika aksi bertemu Roma.

Beliau juga merupakan nadi penting ketika membantu skuadnya mencatatkan kemenangan 6-3 menewaskan Bayer Leverkusen di peringkat kalah mati.

Bercakap tentang bagaimana persediaan beliau untuk berdepan dengan prospek seperti Cristiano Ronaldo dan Paul Pogba, beliau mendedahkan bahawa:

“Tentu ada taktik yang spesifik yang boleh digunakan. Apa yang kami perlu untuk lakukan adalah lakukan apa yang kami lakukan ketika aksi Europa League tahun lalu dan bermain dengan bebas.”

https://twitter.com/FootballlForAll/status/1437426785059278861?s=19

“Kami akan berusaha untuk cuba menyerang. Kamu boleh jangkakan yang Young Boys akan bawa corak permainan mereka.”

“Kami tak akan duduk diam dan sekadar melihat.”

“Saya boleh katakan yang keputusan perlawanan tidak menjadi satu isu, namun selagi penyokong boleh nampak diri mereka dalam pasukan kami, saya rasa itu adalah objektif utama kelab.”

Ketika beliau ditanya tentang aksi hebat yang beliau pamerkan ketika beraksi bertemu Bayer Leverkusen musim lalu, Lefort menjawab:

“Dari sudut pandangan peribadi ia merupakan pertandingan Eropah pertama saya, jadi Europa League sangat baru bagi saya, sama seperti Champions League tahun ini.”

“Tahun lalu kami menunjukkan yang kami mampu beri saingan ketika bertemu pasukan besar dan dapat keputusan yang baik, jadi ia memberi kami keyakinan yang lebih di Eropah.”

“Kami perlu biasakan diri kami dengan persembahan besar seperti ini terutama ketika beraksi dalam perlawanan Champions League.”

Jordan Lefort sangat yakin yang beliau dan rakan sepasukannya tidak goyang dengan ancaman dari skuad Manchester United yang sedang dalam persembahan terbaik mereka pada ketika ini.

Kehadiran Cristiano Ronaldo jelas sekali memberi nafas dan wajah baru untuk skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dengan bintang Portugal itu telah membawa pengaruh besar terhadap rakan sepasukannya.

Selain aksi di atas padang, Ronaldo turut berjaya mempengaruhi rakan sepasukannya yang lain, agar mengamalkan gaya hidup sihat sepertinya.

Tidak dinafikan lagi, skuad Red Devils kini sedang berada dalam landasan terbaik untuk menjulang Piala pertama mereka di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Akan menjadi lebih indah lagi, andai Piala tersebut merupakan Piala kejuaraan Champions League atau Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN