Ucap Tahniah Guna Gambar Sendiri, YB PAS Sangka Terengganu Sudah Mara Ke Separuh Akhir

Ahmad Amzad Hashim

Semalam, Terengganu memperoleh kemenangan 3-1 ke atas Selangor di Petaling Jaya dalam perlawanan kelima peringkat kumpulan Piala Malaysia 2021.

Dua gol Jordan Mintah dan satu dari Faisal Halim sudah cukup untuk mengesahkan tempat Terengganu sebagai juara kumpulan B.

Kemenangan tersebut jelas sekali disambut baik oleh penyokong Terengganu dengan menyaksikan mereka kini tidak tercabar lagi menuju ke perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Siapa yang main sebenarnya?

Kemenangan Terengganu disambut baik oleh mereka yang mengikut pasukan tersebut.

Ia juga turut disenangi oleh ahli politik terutamanya Ahli Parlimen Kuala Terengganu – Ahmad Amzad Hashim.

Amzad yang merupakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Terengganu diatas kejayaan mereka di Facebook.

Akan tetapi, Amzad nampaknya keliru dengan format pertandingan kerana beliau mengucapkan tahniah sebab Terengganu layak ke separuh akhir.

Sedangkan lawan Terengganu di suku akhir pun belum diketahui lagi.

“Meniti diatas titi kene hati-hati, nanti kene tiga satu. Eh silap😅, meniti diatas titi kene hati-hati nanti kotor baju.”

“Maklumlah Terengganu FC menang lagi malam ni. Alhamdulillah.”

“Semakin cerah peluang kita mara selepas layak ke separuh akhir ni,” tulis Amzad di Facebooknya.

Sudahlah mengatakan Terengganu layak ke separuh akhir, ditambah pula apa yang menarik perhatian adalah gambar yang dimuatnaiknya.

Dalam gambar tersebut, kelihatan Amzad sedang berjalan diatas sebuah titi sambil menyarung jersi Terengganu.

Ianya kelihatan terkeluar dari topik kerana tiada langsung wajah pemain Terengganu yang beraksi semalam diletakkan – sebaliknya hanya muka beliau sahaja.

Dalam satu siaran yang lain, terdapat satu lagi ucapan tahniah dari Amzad, kali ini menampilkan aksinya sedang bermain bola.

Lebih menarik, gambar Amzad dilihat jauh lebih besar berbanding dua pemain Terengganu yang kelihatan samar dan tidak dapat dikenalpasti siapakah mereka berdua.

Ini menimbulkan persoalan siapakah yang bekerja keras di padang semalam, Amzad atau Mintah dan rakan-rakan?

Siaran beliau itu kemudiannya memasuki laman Twitter No Context Football Malaysia dan ianya menarik perhatian warganet.

Perbuatan ini sering dilakukan oleh ahli politik di negara kita yang dilihat seolah-olah cuba mahu mengambil publisiti atau kredit dari kejayaan orang lain.

Mereka seolah-olah ‘takut’ yang diri mereka dilupakan orang ramai kerana tumpuan terarah kepada pihak lain yang sedang mencipta kejayaan.

Ahli politik tidak sepatutnya risau akan perkara itu. Jika mereka melakukan amanah mereka dengan baik, pasti rakyat akan kenang dan ingat tanpa perlu disuruh atau paksa.

Hormat itu perlu diraih, bukannya diberi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN