Yaya Toure: “Sergio Aguero Adalah Penyerang Terbaik Pernah Saya Main Bersama”

Kini tamatlah sudah era buat Yaya Toure di Manchester City.

Beliau telah mengesahkan pemergian dirinya dari kelab tersebut pada akhir musim ini selepas berkhidmat lama dengan kelab tersebut.

Sebagai pemain yang telah beraksi dengan Manchester City untuk tempoh yang lama, Toure pastinya sudah bermain dengan ramai pemain disekelilingnya.

Namun begitu, bagi beliau pemain terbaik yang pernah beliau bermain bersama adalah Sergio Aguero.

“Semua orang tahu yang saya amat sukakan Sergio Aguero. Bagi saya beliau adalah penyerang terbaik pernah saya beraksi bersama.”

Namun begitu, Toure juga turut berasakan David Silva dan juga Vincent Kompany antara pemain terhandal yang pernah Manchester City ada sepanjang beliau beraksi untuk mereka.

Kenangan Toure bersama Manchester City terlalu banyak, dan beliau mengakui akan merindui rakan sepasukan beliau di masa akan datang.

“Saya akan merindui rakan sepasukan saya di kelab ini.”

“Saya juga akan merindui pemain-pemain muda seperti Raheem Sterling dan Leroy Sane, mereka ibarat seperti anak kecil bagi saya.”

Yaya Toure tiba di Manchester City dari Barcelona pada 2010 dengan perpindahan bernilai £24 juta.

Sepanjang berada di Etihad, beliau telah memenangi pelbagai kejuaraan seperti:

  • Premier League (2011/2012, 2013/2014, 2017/2018)
  • FA Cup (2011)
  • English League Cup (2014, 2016, 2018)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN