Xavi Bercita-Cita Jadi Pengurus Barcelona, Tetapi Mahu Bermula Dari Bawah

Lagenda Barcelona, Xavi Hernandez nyata merupakan seorang yang masih mempunyai perasaan cinta yang kuat terhadap Barcelona.

Walaupun sudah meninggalkan kelab itu beliau masih lagi mahu ingin kembali berbakti kepada kelab tersebut.

Menurut Xavi, beliau bercadang untuk kembali ke Barelona satu hari nanti sebagai seorang pengurus Barcelona.

Beliau bercita-cita untuk menjadi pengurus Barcelona dan meneruskan legasi beliau yang hebat di kelab tersebut.

“Saya nak jadi pengurus dan saya tak nafikan perkara itu.”

“Satu lagi, saya tak nak nafikan yang saya sebenarnya mahu jadi pengurus Barcelona. Lambat laun, saya nak jadi juga.”

Walaupun begitu, Xavi berpendapat yang beliau perlu belajar terlebih dahulu.

Malah beliau menegaskan mahu bermula dari bawah sebelum menjadi pengurus Barcelona.

“Saya perlu belajar dahulu. Perkara ini tak ambil masa sebulan atau 2 bulan tetapi ia makan masa bertahun lamanya!”

“Untuk menjadi pengurus Barcelona, anda perlulah menjadi seorang yang cukup bersedia dan telah terlatih dengan baik untuk menggalas tanggungjawab itu.”

“Anda harus ingat, impian saya adalah duduk di bangku simpanan Barcelona sebagai pengurus.”

Sumber:

  1. Sport-English (2017): Xavi: “I would like to be Barça manager”; http://www.sport-english.com/en/news/barca/xavi-i-would-like-to-be-barca-manager-6163477
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram