Xavi Hernandez: “Sudah-Sudahlah Berdebat, Messi Adalah Yang Terbaik Sepanjang Zaman”

xavi

Legenda bola sepak Sepanyol dan juga bekas pemain Barcelona, Xavi Hernandez menjelaskan bahawa perdebatan yang sering berlaku mengenai soal siapakah pemain bola sepak terbaik di dunia sebenarnya adalah sesuatu perkara yang membuang masa.

Bagi Xavi, beliau percaya hanya Lionel Messi sahaja yang layak untuk disebut sebagai pemain terbaik di dunia dan beliau akui pemain-pemain lain hanya sekadar mampu untuk mengejar Messi dari belakang.

Xavi menghamburkan pujian keatas Lionel Messi dengan menyatakan sentuhan pemain Argentina berusia 31 tahun itu sangat ‘menakjubkan’ apabila telah berjaya membantu kemenangan Barcelona keatas Olympique Lyon dan Real Betis.

SEVILLE, SPAIN – MARCH 17: Lionel Messi of FC Barcelona looks on after the La Liga match between Real Betis Balompie and FC Barcelona at Estadio Benito Villamarin on March 17, 2019 in Seville, Spain. (Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Pemain terbaik sepanjang zaman

Sebagai bekas pemain Barca, Xavi tentu sudah melihat kehebatan Messi ketika beraksi bersama. Perkara ini membuatkan Xavi yakin hanya Messi yang layak disebut sebagai pemain terbaik, bukan hanya pada ketika ini, tetapi untuk sepanjang zaman.

“Setiap hari dia [Messi] akan menjadi pemain yang lebih baik. Dia luar biasa. Menurut saya, dia adalah pemain terbaik sepanjang zaman, bukan hanya saat ini, tetapi sepanjang zaman zaman.”

“Dia melakukan sesuatu yang luar biasa. Dia boleh berbeza di setiap pertandingan, setiap perlawanan, sejak 12 tahun yang lalu.”

BARCELONA, SPAIN – NOVEMBER 22: Lionel Messi and Xavi Hernandez of FC Barcelona celebrate the first goal during the La Liga match between FC Barcelona and Sevilla FC at Camp Nou on November 22, 2014 in Barcelona, Spain. (Photo by Miguel Ruiz/FC Barcelona via Getty Images)

“Saya pernah bermain bersama dia dan kemampuannya, amat luar biasa. Menurut pandangan saya, dia adalah pemain terbaik dalam sejarah,” kata Xavi.

Messi mencipta jaringan hatrik ketika Barcelona menewaskan Real Betis 4-1. Hatrik tersebut merupakan yang ke-33 yang pernah dilakukannya di pentas La Liga.

Menerusi data 2018/19 yang dikeluarkan oleh Transfermark, ketua pasukan Barcelona ini sudah mengumpulkan 39 gol dan 21 bantuan gol setakat ini. Sementara pesaingnya, Cristiano Ronaldo mencatatkan 24 gol dan 12 bantuan gol bersama Juventus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN