Xavi & Andrea Pirlo Disebut-Sebut Bakal Gantikan Koeman

Andrea Pirlo

Selepas menyaksikan beberapa keputusan yang tidak memberangsangkan terutamanya di saingan Eropah, Barcelona mula berkira-kira untuk memecat Ronald Koeman.

Mantan pengurus Everton itu kini jelas sekali gagal mengangkat Barcelona ke tahap sepatutnya walaupun sebelum ini memberikan jaminan beliau mampu melakukannya.

Laporan dari AS menyebut yang Barcelona kini sedang mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencari pengganti Koeman dengan Andrea Pirlo dijadikan calon utama.

Pirlo yang sebelum ini menguruskan Juventus tidak mewakili mana-mana pasukan ketika ini dan mula berada dalam fikiran pengurusan tertinggi Barcelona untuk menggantikan Koeman.

Legenda Itali itu dikhabarkan merupakan individu kegemaran Joan Laporta untuk menggantikan Koeman.

Dengan beliau kini tidak menguruskan mana-mana pasukan, ianya peluang terbaik Barcelona untuk cuba mendekatinya.

Masa untuk legenda kembali?

Selain Pirlo, Barcelona juga mula mempertimbang untuk membawa legenda kelab iaitu Xavi Hernandez.

Beliau yang kini menguruskan Al-Sadd pastinya tiada masalah untuk kembali semula ke Nou Camp namun Barcelona perlu melalui kelab Qatar itu dahulu sebelum mendapatkan khidmatnya.

Jika Xavi kembali, ianya pasti akan menaikkan semula motivasi pasukan bukan sahaja melibatkan pemain tetapi termasuklah penyokong.

Selain Pirlo dan Xavi, Roberto Martinez juga disebut-sebut berada dalam radar Barcelona.

Beliau yang menguruskan Belgium ketika ini jelas sekali terbukti antara pengurus yang cemerlang terutamanya di peringkat kelab dan antarabangsa.

Walaupun kedudukan Koeman dilihat bahaya tetapi Laporta tetap mahu memberikan masa kepadanya.

Tetapi jika kekalahan berterusan dicipta, mungkin pintu keluar akan dibuka lebih awal daripada sepatutnya buat Koeman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN