Xabi Alonso Percaya Steven Gerrard Mampu Jadi Pengurus Liverpool Suatu Hari Nanti

Xabi Alonso

Xabi Alonso meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap ketua pasukannya ketika di Liverpool, Steven Gerrard bahawa legenda hidup itu mampu untuk menjadi pengurus Liverpool suatu hari nanti.

Alonso percaya bahawa Gerrard mempunyai segala yang diperlukan untuk membolehkan beliau menduduki kerusi panas di Liverpool itu.

Gerrard kini menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih bagi skuad Liverpool B-18 tahun dan anak buahnya masih belum mengalami sebarang kekalahan dalam saingan liga ketika ini.

Alonso yang berkerjasama dengan Gerrard pada tahun 2004 hingga 2009, percaya rakannya itu sudah bersedia untuk tugasan yang lebih mencabar di peringkat senior.

”Saya mengikuti perkembangan langkah awal dalam kariernya dengan lebih dekat dan saya pasti dia (Gerrard) mempunyai semua sifat yang diperlukan untuk menjadi seorang pengurus yang baik dan menjadi pengurus Liverpool suatu hari nanti,” kata bekas pemain tengah Sepanyol itu kepada Liverpoolfc.com.

”Sudah pasti untuk seorang yang mempunyai ilmu sepertinya akan membantu pemain muda di Liverpool. Tetapi ianya berbeza, anda boleh menjadi pemain yang hebat namun untuk menjadi pengurus adalah tugasan yang berbeza.”

Alonso turut menambah yang Gerrard sentiasa mempunyai keupayaan untuk memimpin ketika beliau mula tiba di Anfield.

Xabi Alonso
NEWCASTLE, ENGLAND – MARCH 19 : Steven Gerrard of Liverpool gets substituted with Xabi Alonso during the Barclays Premiership match between Newcastle United and Liverpool at St James’ Park on March 19, 2006 in Newcastle, England. (Photo by Gary M.Prior/Getty Images)

”Saya teringat ketika hari pertama saya di Liverpool. Dia sememangnya merupakan seorang ketua yang patut dicontohi. Bukan hanya dari kata-kata tetapi anda perlu melihat dan belajar dari beliau serta membuatkannya rapat, serapat yang saya boleh kerana saya tahu dia akan memberikan pengaruh yang baik buat saya,” katanya lagi.

”Kami mula membina hubungan di dalam dan luar padang. Dia membuktikan apa yang dimaksudkan dengan kebanggaan Liverpool dengan bagaimana cara dia bertindak dan sejak daripada itu kami mula menjadi sahabat baik.”

Ketika ini skuad Liverpool B-18 yang dilatih Gerrard berada di tempat ke-2 dalam bahagian utara saingan Liga Premier B-18 yang menyaksikan Liverpool mencatatkan dua kemenangan dan tiga seri dalam lima perlawanan yang sudah dilalui.

Sementara itu dalam Liga Remaja UEFA, Liverpool berada di tangga teratas kumpulan E, namun Gerrard kecewa selepas anak buahnya tewas 2-1 ditangan Spartak Moscow dalam perlawanan kedua selepas berjaya membenam cabaran Sevilla 4-0 pada perlawanan pembukaan.

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-gb/news/he-could-be-a-big-manager-xabi-alonso-tips-gerrard-to-take/1wdb0goksk5z91wxxhqki29daw

Squawka (2017) – http://www.squawka.com/news/he-has-all-the-attributes-xabi-alonso-backs-steven-gerrard-to-become-liverpool-manager-one-day/996523#C0weBVuJhyt6Sqvg.97

The Sun (2017) – http://www.dailystar.co.uk/sport/football/649783/Liverpool-news-Steven-Gerrard-manager-Xabi-Alonso

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN