Wolves Sambar Khidmat Pemain Berdarah Kacukan Malaysia

Seorang pemain muda yang mempunyai darah kacukan Malaysia-England, Hong Wan sah sertai skuad bawah 23 tahun Wolverhampton Wanderers selama dua tahun mulai musim depan.

Pemain yang berusia 18 tahun itu dilahirkan di London dan merupakan produk akademi Charlton Athletic sebelum menyertai Glovers. Beliau beraksi di posisi tengah dan juga merupakan bekas kapten skuad Yeovil Town B-18.

“Ianya satu peluang yang baik dan saya sangat bersyukur dapat peluang beraksi di kelab yang hebat ini. Kita semua tahu musim ini Wolves merupakan pasukan yang hebat bukan sahaja skuad utama, malah barisan pemain bawah 23 tahun juga sangat bagus.

“Wolves juga merupakan salah sebuah kelab yang sedang berkembang. Saya sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada mereka,” katanya dalam kenyataan di laman web rasmi Wolves.

“Saya sebelum ini menjadi kapten bawah 18 tahun di Yeovil Town pada musim lalu dan kami mengharunginya dengan baik, di mana kami mencapai tahap tertinggi dalam lingkungan usia kami.

“Saya mempunyai musim yang cemerlang di sana, dan saya tidak sabar untuk berada di sini (Wolves),“tambahnya.

Walaupun hanya menyertai skuad bawah 23, Hong Wan mahu melakukan yang terbaik untuk memikat jurulatih supaya dapat diserap menyertai skuad utama.

“Saya mahu mencabar diri sendiri berada dalam kesebelasan utama skuad B-23 musim depan, berharap dapat diserapkan ke dalam skuad utama.

“Berada di sekeliling barisan utama memang menakjubkan. Kali pertama berada di sini anda boleh lihat kualiti kelab ini. Kejayaan mendapat tiket beraksi di Europa League pada musim depan selepas menduduki tempat ke 7 dalam liga perdana sangat hebat,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN