Wolves Bercita-Cita Jadi Pasukan UCL Dan Kemudian Juarai EPL

Wolves telah menjadi pasukan yang sangat aktif berbelanja dalam jendela perpindahan kali ini.

Bukan sahaja perpindahan kali ini namun sejak musim lalu lagi, terutama sekali sejak mereka berhubung baik dengan Jorge Mendes.

Cuma mereka mencatatkan rekod perbelanjaan terbesar dalam sejarah kelab dalam perpindahan pra musim 2018/19. Wolves telah berbelanja lebih £75 juta dalam perpindahan kali ini.

Lantas menjadikan mereka pasukan yang dijangka akan mencipta musim terbaik dalam sejarah mereka di EPL selepas kembali semula ke liga utama.

Mereka berjaya membawa masuk Benik Afobe (Bournemouth), Willy Boly (Porto), Raul Jimenez (Benfica, pinjaman), Rui Patricio (Sporting), Leo Bonatini (Al-Hilal), Ruben Vinagre (AS Monaco), Diogo Jota (Atletico Madrid), Joao Moutinho (Monaco), Jonny (Atletico Madrid, pinjaman), Adama Traore (Middlesbrough) dan Leander Dendoncker (Anderlecht, pinjamann).

Mereka juga memecahkan rekod perpindahan kelab dalam sejarah kelab mereka pada kali ini setelah membayar £15.8 juta untuk pemain tersebut.

Ini juga kali kedua berturut-turut mereka mencipta rekod perpindahan kelab mereka selepas musim lalu membayar £15 juta untuk Ruben Neves.

Pemilik kelab Wolves, kumpulan Fosun International telah menetapkan beberapa sasaran untuk Nuno Espirito Santo.

Musim ini, mereka menetapkan Wolves berada dalam senarai 10 terbaik. Ia boleh dianggap mandatori untuk Nuno Espirito Santo selepas mendapat sokongan yang kuat daripada pemilik pasukan dalam perpindahan pemain.

Manakala pada musim hadapan Fosun International menetapkan agar Wolves berada dalam 4 terbaik, untuk membolehkan mereka bermain di UCL pada musim 2020/2021.

Lantas mereka mahu menjadi pasukan yang konsisten beraksi di pentas UCL.

Dan selepas itu mereka meletakkan sasaran pasukan Wolves akan menjadi juara EPL dalam masa tahun lagi.

Setiap pasukan pastinya ada cita-cita mereka tersendiri. Namun pada pandangan anda, adakah sasaran Wolves ini realistik?

Musim lalu Everton berbelanja lebih £ £135 juta namun masih gagal untuk beraksi di UEL.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram