Wolves 1 Man. City 1, Guardiola Bengang Gol Kontroversi, Tak Dapat 2 Penalti

Juara bertahan, Man. City keciciran mata di Molineux pada hari ini. Mereka bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1.

Ini adalah kali pertama Man. City keciciran mata di tempat lawan dalam EPL sejak Februari 2018.

Keputusan perlawanan ini dibayangi dengan kontroversi. Pep Guardiola mendapatkan pengadil sebaik sahaja perlawanan tamat dan meminta penjelasan beberapa keputusan yang tidak diberikan kepada mereka.

Willy Boly meletakkan Wolverhampton di hadapan pada minit ke-57 menerusi jaringan kontroversi.

Pemain itu menjaringkan gol menggunakan tangan ketika cuba melakukan ‘diving header’ menyambut hantaran Moutinho.

Man. City kemudian dinafikan penalti walaupun David Silva jelas dikasari di dalam kotak penalti.

Minit ke-69, seorang lagi pemain pertahanan, Aymeric Laporte menyamakan kedudukan menerusi tandukan deras dalam situasi bola mati.

Tidak lama selepas itu Aguero ditarik di dalam kotak penalti, juga tikada penalti diberikan pengadil.

Namun begitu, Wolves boleh dikatakan beraksi baik dalam perlawanan ini. Memaksa City melakukan beberapa siri aksi defensif untuk menafikan gol mereka.

Rui Patricio turut cemerlang dalam perlawanan ini, melakukan 5 aksi menyelamat dan 3 daripadanya adalah percubaan dari dalam kotak penalti.

https://twitter.com/UtdAxel/status/1033342463161888770

Yang pasti pasukan baru naik, Wolves baru sahaja mengikat pasukan yang menang 32 daripada 38 perlawanan liga musim lalu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram