Wilshere: “Dah Memang Betul Arsenal Kekal Menjadi Raja Di Utara London”

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Bekas pemain Arsenal, Jack Wilshere menyatakan, tidak perlu dipertikaikan kenyataan dalam video promosi jersi Arsenal 2018/19 di mana Koscielney berkata: “Kita menguasai Utara London.”

Dalam video yang tertiris beberapa hari lalu, legenda Ian Wright menjadi watak utama. Beberapa pemain Arsenal yang lain seperti Mesut Ozil, Hector Bellerin, Aubameyang dan Lacazette turut terlibat.

Video tersebut juga turut memberikan penghormatan kepada mediang David Rocastle – dengan sorakan penyokong Arsenal; David ‘Rocky’ Rocastle. Saksikan video yang sangat menarik itu di sini.

Namun dalam satu segmen, di mana kapten Arsenal, Laurent Koscielny memberikan taklimat pasukan dengan loghat London, beliau berkata: ‘We run north London.’ (Utara London ini kita

Ianya telah mengundang banyak komen daripada pemerhati terutama sekali yang pro-Spurs. Mereka menyatakan bahawa Arsenal bukan lagi kuasa uatam di Utara London. Sebaliknya Tottenham Hotspur.

Ini dibuktikan dengan kejayaan Spurs berada di kedudukan lebih baik dalam liga, dan mara ke final UCL 2018/19.

Jack Wilshere memberikan komen beliau kepada wartawan Football London. Beliau berkata: “Ketika saya kecil, saya adalah Gooner dan Utara London itu selamanya berwarna merah. Dan bagi saya, ianya masih lagi kekal begitu.”

“Saya berwarna merah dalam jiwa.”

Arsenal dan Adidas bekerjasama sekali lagi dalam penghasilan jersi. Buat masa ini, para penyokong Arsenal sangat teruja dengan rekaan Adidas yang turut mengembalikan nostalgia kepada jersi Adidas yang ikonik era Ian Wright.