Willian Sanggup Rugi £20 Juta Asal Dapat Keluar Dari Arsenal

Willian Arsenal

Willian sanggup menanggung kerugian £20 juta di dalam bentuk bayaran gaji asalkan boleh keluar dari Arsenal.

Corinthians dikhabarkan mahu menandatangani bekas pemain Chelsea itu. Namun demikian, jumlah gaji Willian yang mencecah £220,000 sebulan menjadi penghalang utama kelab Brazil itu untuk berbuat demikian.

Walaupun demikian, Willian kini dilaporkan sanggup melupakan kontrak mewah beliau di Emirates untuk membenarkan beliau kembali beraksi di kampung halaman.

Jumlah gaji yang bakal diterima oleh Willian sudah pasti jauh lebih sedikit dari apa yang beliau perolehi bersama Arsenal.

Terima hakikat

Pemain tengah itu sebenarnya sudah menerima hakikat tidak berada di dalam perancangan pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Berbeza dengan kebanyakkan kes, Willian lebih sanggup pergi begitu sahaja daripada dibayar pampasan kerana tidak diperlukan sekaligus mencemarkan imej dan integriti dirinya.

Perkhabaran terbaru ini akan membenarkan Willian menyertai Corinthians pada minggu yang akan datang ini.

Berbeza dengan Ozil

Senario sama dihadapi Arsenal pada permulaan musim lalu apabola Mesut Ozil berpindah ke Fenerbahce.

Ozil menerima bayaran £350,000 seminggu di Arsenal. Kelab London itu bagaimanapun dikatakan masih membayar sebahagian dari jumlah tersebut pada hari ini, sebagai syarat Ozil ke Turki pada musim lalu.

Willian pula mengambil langkah alternatif apabila bakal meninggalkan kelab tanpa menerima sebarang bayaran, sekaligus menyelamatkan jutaan pound dari kantung Arsenal.

Arsenal meneruskan nasib malang mereka pada musim ini di bawah kendalian Arteta.

Tewas 2-0 kepada Brentford pada hari pembukaan musim baharu, Arsenal turut tewas dengan jaringan yang sama oleh Chelsea pada minggu lalu, sebelum dibelasah 5-0 oleh Machester City pada malam tadi.

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply