Willian Pertahan Maurizio Sarri Kritik Aksi N’Golo Kante, Sifatkan Semua Pemain Perlu Tingkatkan Prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Willian

Berikutan kekalahan 3-0 Chelsea keatas Tottenham Hotspur dalam saingan liga minggu lalu, N’Golo Kante telah mendapat kritikan pengurus pasukan, Maurizio Sarri.

Sarri jelas kecewa dengan peranan yang dimainkan Kante ketika aksi di Stadium Wembley itu dengan mengkritik pemain tengah itu sering ‘kehilangan’ posisinya.

Bagi rakan sepasukan Kante, Willian beranggapan Sarri mempunyai hak untuk memberikan kritikan terhadap Kante mahupun pemain Chelsea yang lain.

”Dalam bola sepak anda sentiasa perlu terus meningkat, walaupun apabila anda memenangi sesuatu perlawanan.”

”Saya merasakan semua pemain perlu meningkat. Walaupun bermain dengan baik, anda perlu berterusan berusaha.”

”Anda tidak boleh berhenti. Tidak hanya N’Golo (Kante), tetapi setiap pemain juga perlu terus meningkatkan prestasi.”

Kekalahan yang dialami tempoh hari merupakan yang pertama buat Chelsea dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini.

The Blues kini berada di tangga keempat dengan mengumpul 28 mata selepas mencatatkan lapan kemenangan, empat seri dan satu kekalahan setakat ini.

N’Golo Kante berpeluang untuk menebus kesilapannya serta membantu Chelsea meraih kemenangan apabila beliau diturunkan Maurizio Sarri pada pertemuan menentang Fulham di Stamford Bridge yang akan berlangsung jam 8.00 malam ini, manakala Willian pula berada dalam senarai pemain simpanan.