Wijnaldum: Kekasaran Pickford Terhadap Van Dijk ‘Sangat Bodoh’

Wijnaldum Van Dijk Pickford Liverpool Everton

Episod isu kecederaan pemain pertahanan Liverpool, Virigil van Dijk nampaknya terus berlarutan apabila Georginio Wijnaldum pula mengeluarkan kenyataan ‘panas’ terhadap penjaga gol Everton, Jordan Pickford.

Memetik laporan BBC, Wijnaldum mengatakan tindakan Pickford membuat terjahan keras terhadap rakan sepasukannya itu mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) dan perlu menjalani pembedahan yang akan mengetepikannya selama beberapa bulan.

Malah rakan sepasukan Van Dijk dalam skuad kebangsaan Belanda itu mengatakan tiada pemain yang dapat tidur nyenyak selepas kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.

Apa yang menambahkan kekecewaannya, teknologi VAR yang kononnya dianggap begitu canggih gagal ‘menghukum’ Pickford, tetapi sekadar memberikan keputusan tiada penalti kerana Van Dijk berada dalam kedudukan ofsaid.

Malah penjaga gol utama England itu turut terlepas daripada menerima sebarang hukuman oleh pihak Persatuan Bola Sepak England (FA) selepas

“Saya percaya memang dia [Pickford] tak berniat nak nak cederakan Virgil. Pada pendapat saya, mereka mungkin terlalu ghairah untuk menang perlawanan tersebut.

“Memanglah semua orang nak menang derbi, kadang-kadang sampai terlebih semangat, tapi janganlah melampau sangat. Bukan itu saja, terjahan Richarlison terhadap Thiago pun sangat teruk.

“Saya faham dalam bola sepak memang akan berlaku kemalangan. Kamu mungkin tak bernasib baik dan mencederakan orang lain, tapi apa yang dia buat itu tak boleh diterima.

“Yang buatkan kami lebih susah nak diterima bila dia tak diberi hukuman.”

Menjelang aksi pertama Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah berdepan Ajax pada Rabu, Liverpool berkemungkinan besar akan meletakkan Fabinho di posisi pertahanan tengah dan akan digandingkan bersama Joe Gomez.

Joel Matip juga dilaporkan tidak cergas untuk diturunkan, namun dua pemain muda Nat Phillips dan Rhys Williams telah disenaraikan dalam skuad untuk bersedia di bangku simpanan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Ole Gunnar Solskjaer: Aksi Dipamerkan Tuanzebe Amat Luar Biasa

Ronald Koeman: Kita Akan Dapat Lihat Messi Kembali Di Tahap Terbaiknya

Petr Cech Masih Belum 100% Bersara Rupanya

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN