Wesley Sneijder Didenda Hampir £2 Juta Kerana Alasan Pelik

Galatasaray semalam telah melakukan antara perkara paling pelik dalam pengurusan bolasepak mereka.

Mereka telah mengambil tindakan denda ke atas 13 pemain Galatasaray kerana kad kuning terkumpul.

Paling teruk adalah denda £1.96 juta ke atas Wesley Sneijder kerana mengumpul 11 kad kuning musim lalu.

Ia bersamaan dengan £178,000.00 untuk setiap kad kuning.

Sneijder menyatakan bahawa beliau tidak mahu berteka teki akan hasrat beliau untuk meninggalkan Galatasaray.

Beliau juga agak terkilan dengan denda tersebut.

Sejurus selepas itu, ramai penyokong Galatasaray berhimpun di depan pejabat presiden kelab, Dursun Ozbek tanda marah dan membantah tindakan tersebut

Mereka berpendapat, kelab tidak patut melayan pemain sebegitu terutamanya Wesley Sneijder.

Ada juga di antara mereka mengesyaki tindakan itu kerana dasar emosi dan tidak profesional kerana tidak berpuas hati dengan Sneijder yang kemungkinan besar akan meninggalkan kelab tersebut.

Mereka juga berpendapat Sneijder berhak diberikan penghargaan dan layanan lebih baik di atas jasanya kepada kelab walaupun beliau berhasrat untuk berhijrah ke kelab lain.

Bercakap kepada saluran NTV, Sneijder meminta maaf kepada penyokong Galatasaray kerana mungkin beliau akan meninggalkan kelab itu dalam masa terdekat.

Sneijder juga menyatakan dia lebih memikirkan soal hubungan beliau dengan penyokong berbanding denda tersebut.

Dalam tweet beliau, Sneijder mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang melakukan protes dan sokongan ke atas beliau.

Tweet beliau

“Penyokong Galatasaray, terima kasih atas sokongan anda pada hari ini, saya berbesar hati, saya sayangkan anda ..”

Wesley Sneijder telah menjadi antara pemain yang disayangi peminat kerana komitmen beliau untuk kelab tersebut sejak menyertai mereka pada 2013.

Memang banyak kelab mengenakan klausa denda untuk masalah teknikal namun ia cuma dilakukan jika kesalahan itu melibatkan kesalahan yang besar selepas penilaian panel tertentu.

Kad kuning kadang kadang dilakukan pemain kerana terpaksa dan ia demi pasukan.

Ada juga kad kuning hanya kerana protes kepada pengadil dan juga penilaian pengadil yang kadang kadang agak soft.

Baca juga: Pengenalan Kepada Taktik False 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram