Wenger Yakin Ramsey Akan Kekal Bersama Arsenal

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger optimis Aaron Ramsey akan memperbaharui kontrak baharu bersama The Gunners dalam tempoh terdekat.

Mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Sky Sports, Wenger yakin dan percaya bahawa bekas pemain yang pernah dikendalikannya itu masih mahu kekal sekaligus meneruskan kerjaya bola sepak di Emirates.

. (Photo by Visionhaus/Getty Images)

Namun Wenger akur keputusan Ramsey sama ada akan kekal bersama Arsenal atau tidak terletak ditangan pihak pengurusan.

Sebelum ini Ramsey dilaporkan telah melalui beberapa peringkat perbincangan bersama pihak pengurusan sejak beberapa bulan yang lalu mengenai tempoh kontraknya yang bakal berakhir pada 30 Jun 2019.

Bagaimanapun, perbincangan dari kedua-dua pihak tidak menemui jalan penyelesaian selepas pemain kelahiran Wales itu menuntut kenaikan gaji.

“Sebelum ini, kami (Arsenal) telah cuba untuk memperbaharui kontraknya dan hal itu masih boleh berlaku,” kata Wenger ketika ditanya apakah dia pernah menawarkan Ramsey kontrak baharu.

“Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku di Arsenal. Pasti Ramsey berada di kedudukan terbaik sekarang dan dia akan menggunakan kedudukan ini.”

“Tetapi saya tidak tahu sejauh mana Arsenal akan memberi kontrak kepadanya”.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images) *** Local Caption *** Aaron Ramsey

Masa depan Ramsey bersama Arsenal semakin hangat diperkatakan apabila beliau telah mengeluarkan kenyataan untuk meninggalkan Arsenal secara percuma pada akhir musim ini.

Aaron Ramsey antara pemain yang direkrut oleh Arsene Wenger sejak pengurus itu membimbing kelab tersebut selama 22 tahun.

Sejak tiba dari Cardiff pada 2008, Ramsey telah tampil dalam 335 perlawanan untuk The Gunners dan berjaya menjaringkan 58 gol.

Ramsey juga menjuarai tiga kejuaraan Piala FA bersama Arsenal sepanjang tempoh itu.

Ramsey turut pernah dinamakan sebagai pemain terbaik tahunan pada musim 2017/18 pada musim terakhir Arsene Wenger di Arsenal.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram