Wenger Tak Faham Kenapa Ada Pemain Sanggup Tinggalkan Arsenal?

Wenger dengan tenang memberitahu wartawan “Itu sudah biasa berlaku dalam hidup. Kelab Arsenal berusia 130 tahun dan ramai sudah pemain bintang yang tinggalkan kelab. Adakah ia membuatkan kelab ini lebih teruk? Kita akan lihat. Sentiasa ada kehidupan selepas itu.”

Beliau menjawab soalan wartawan yang bertanya komen beliau ketika kehilangan Alexis Sanchez kepada Manchester United.

Beliau memberitahu kehidupan selepas itu merujuk kepada kemenangan bergaya Arsenal ke atas Crystal Palace tanpa Alexis Sanchez.

Wenger sudah mengendalikan Arsenal 22 tahun dan menjadi pengurus yang berjaya membawa Arsenal menjulang kejuaraan EPL dan tak lupa era Invincible.

Arsenal hanya sekali gagal berada dalam kelompok 4 teratas dalam tempoh pengurusan beliau walaupun banyak kali kehilangan pemain utama.

Antaranya Patrick Vieira, Ashley Cole, Thierry Henry, Samir Nasri, Cesc Fabregas dan Robin van Persie yang meninggalkan kelab Arsenal selepas aksi cemerlang.

Wang faktor Sanchez ke United

Wenger tidak menolak faktor wang menjadi tarikan Sanchez untuk menyertai seteru mereka Manchester United dengan tawaran gaji £14 juta setahun selepas cukai. Wenger tetap hairan kenapa pemain boleh terfikir untuk meninggalkan Arsenal.

“Saya tak faham kenapa ada orang yang mahu meninggalkan Arsenal? Tetapi dalam 30 tahun mengendalikan perpindahan pemain, anda akan belajar banyak perkara sebagai manusia biasa.”

“Sebagai seorang profesional, ia mungkin kontrak terakhir beliau yang terakhir dalam karier tertinggi beliau dan ia penting.”

“Kami sudah melakukan yang kami mampu dan cuba menwarkan segala yang kami mampu (wang). Bahkan kelab Manchester City pun menarik diri daripada mendapatkan beliau.”

“Itu sudah cukup memberitahu yang kami tiada peluang untuk menawarkan kontrak baru kepada beliau.”

Cabaran Arsenal

Cabaran utama Arsenal kini adalah menggantikan pemain marquee mereka dengan pemain marquee.

Ketika hilang Ashley Cole mereka menggantikan beliau dengan Gael Clichy dan ia dua kualiti berbeza meskipun tak dinafikan Clichy antara pemain terbaik era Wenger. Namun Clichy bukan kategori pemain marquee.

Namun impak besar ditinggalkan Henry yang ternyata gagal digantikan oleh Adebayor selepas itu, Gervinho gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nasri.

Mereka juga masih bergelut mencari pemain tengah semulajadi yang boleh merancang seperti Fabregas yang sebelum itu berjaya mengisi kekosongan ditinggalkan Vieira meskipun dua pemain ini berbeza cara permainan.

Arsenal tetap mendapat manfaat daripada kualiti dan kepimpinan Fabregas. Dari sudut taktikal dan teknikal sehingga ke hari ini Arsenal tidak memiliki box to box midfielder yang sekental Vieira sekali lagi.

22 Aug 1999: Roy Keane of Manchester United clashes with Patrick Vieira of Arsenal during the FA Carling Premiership match against Arsenal played at Highbury in London, England. The match finished in a 2-1 win to Manchester United. Mandatory Credit:Clive Brunskill /Allsport

Mereka terpaksa menukar (convert) Santi Cazorla untuk peranan perancang tengah selepas Arteta berada dalam fasa akhir karier dengan banyak isu kecergasan.

Selepas itu mereka menarik nafas lega dengan kebangkitan Van Persie yang menjadi no.9 sejati daripada seorang pemain sayap. Wenger benar-benar memainkan peranan besar dalam karier Van Persie.

Tak hairan jika dia menyatakan kehilangan Van Persie ke United jauh lebih perit daripada Sanchez. Pemergian Van Persie gagal digantikan oleh Podolski.

Mereka mendapatkan Alexis Sanchez yang dalam senarai jual oleh Barcelona ketika itu dan menggandingkan beliau dengan Mesut Ozil.

2 pemain ini telah menjadi subjek kepada sasaran banyak kelab besar lain setiap kali perpindahan pemain.

Terlalu banyak spekulasi namun Wenger tampil dengan banyak penafian kerana beliau sentiasa percaya sukar untuk percaya ada pemain yang nak tinggalkan Arsenal.

Akhirnya pada hari ini mereka kehilangan Sanchez yang ternyata tidak ada hati untuk menandatangani kontrak baru dengan Arsenal seperti yang diwar-warkan Wenger sebelum ini.

Arsenal aktif buru pemain

Kini mereka akan fokus untuk mengikat Mesut Ozil dengan kontrak baru dan dalam proses mendapatkan pemain marquee seperti Aubameyang.

Namun perjanjian kali ini agak baik apabila Arsenal dijangka akan mendapatkan Mkhitaryan dengan perjanjian pertukaran terus dengan Sanchez.

Mkhitaryan tidak dinafikan pemain yang berkualiti tetapi beliau tetap perlu mendapatkan semula aksi terbaik beliau secepat mungkin.

Wenger percaya mereka mendapa kejayaan besar dalam perjanjian kali ini dengan mendapatkan Mkhitaryan sebagai ganti. Beliau berkata:

“Kami harus mencari penyelesaian yang terbaik. Kami akui kami kehilangan pemain berkelas dunia dan kami tak mahu kehilangan beliau tanpa mendapatkan pemain yang berkualiti. Kita akan tengok nanti sama ada ini keputusan yang betul atau tidak.”

“Bukan kami sahaja yang hilang pemain, dan pada masa yang sama kami mendapatkan pemain baru juga. Jendela perpindahan masih aktif dan kami akan cuba membawa pemain baru.”

Arsenal kini cuba memperbaiki bidaan £44 juta yang ditolak Borussia Dortmund untuk Aubameyaang. Mereka dijangkan akan memecahkan rekod perpindahan kelab mereka sekali lagi untuk Aubameyang.

Jika mereka berjaya mendapatkan Aubameyang, sudah pasti penyokong Arsenal akan maafkan kegagalan Wenger dalam mengendalikan perpindahan Alexis Sanchez dengan lebih baik.

Isu utama penyokong sekarang mereka terpaksa melihat Sanchez menyertai seteru Manchester United dalam keadaan hanya kelab tersebut mengawal ‘permainan’ kali ini. Ramai yang lebih rela melihat Sanchez menyertai City dan dijual lebih awal pada pra-musim lalu.

Wenger mengakui saga perpindahan Alexis Sanchez mempengaruhi bilik persalinan mereka. Ada sedikit kejanggalan berlaku. Ramai tertanya-tanya, Alexis akan kekal ataupun dah nak pergi.

Apabila Alexis Sanchez sudah membuat keputusan, semua orang haruslah menerima apa yang berlaku. Ianya antara faktor yang dipercayai Wenger membuatkan pemain beliau beraksi dengan lebih baik ketika menang dengan jaringan 4-1 ke atas Palace.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN