Wenger: “Liverpool Tak Macam Barcelona, Mereka Pasukan Yang Bagus”

Arsene Wenger

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengatakan yang situasi kedua-dua pasukan iaitu Liverpool dan juga Barcelona adalah berbeza.

Walaupun kedua-dua pasukan dilihat sedang mengalami masalah dari segi prestasi, namun Wenger berasakan yang Liverpool adalah pasukan yang lebih baik berbanding gergasi La Liga itu.

Terkini, Liverpool berjaya menang ke atas RB Leipzig 2-0 sementara Barcelona tumbang 4-1 di tangan Paris Saint-Germain dalam aksi UEFA Champions League.

Bercakap kepada BeIN Sports sebagai penganalisis perlawanan, Wenger berkata Liverpool hanyalah pasukan yang sedang mengalami isu psikologi.

“Liverpool tidak seperti Barcelona, mereka mempunyai pasukan yang baik.”

“Benar mereka tidak beraksi dengan baik dalam saingan Premier League kebelakangan ini tetapi mereka masih mempunyai potensi tinggi.”

Tambah Wenger lagi, perubahan kejohanan membantu Liverpool untuk ‘lari’ seketika daripada tekanan yang memuncak yang dihadapi mereka dalam saingan liga.

“Liverpool tidak mempunyai keyakinan beraksi dalam Premier League dan kadang kala apabila beraksi dalam kejohanan berbeza, sesebuah pasukan tidak mempunyai masalah psikologi.”

“Dan kerana itulah mereka menang pada malam ini.”

Dalam masa yang sama, Wenger turut memuji taktikal yang dibawa oleh Liverpool yang meletakkan tekanan tinggi kepada pemain pertahaan Leipzig.

Taktikal tersebut dilihat berkesan apabila ianya berjaya memaksa pertahanan Leipzig melakukan kesilapan dan mudah untuk Mohamed Salah serta Sadio Mane menjaringkan dua gol di tempat lawan buat Liverpool.

Baca juga artikel kami mengenai Arsene Wenger:

Rory Delap: Taktik Ganjil Hull City Hadapi Throw-In Yang Dibenci Wenger

Ian Wright Akui Bencikan Menu Diet Arsene Wenger Di Arsenal

Arsene Wenger ‘Ajar’ Arteta Cara Untuk Guna Pemain Seperti Mesut Ozil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN