Arsene Wenger Mahu Terus Menjadi Pengurus Musim Hadapan!

Arsene Wenger memberikan gambaran bahawa beliau tetap akan menjadi pengurus pada musim hadapan sama ada kekal di Emirates ataupun di tempat lain.

Arsene Wenger telah menguruskan Arsenal sejak 1996. Kontrak semasa beliau akan berakhir musim ini. Beliau dikatakan akan menentukan masa depan beliau pada Mac ataupun April nanti.

Namun Arsene Wenger menjawab:

“Saya tidak tahu. Dan saya tidak mahu bercerita tentang hal itu lagi.”

Wenger tidak pasti bila masa yang sesuai untuk beliau memilih haluan dalam karier beliau. Jadi, tidak tahulah sama ada ia Mac ataupun April.

Yang pasti Wenger akan memberitahunya kelak.

Wenger menerima pelbagai kritikan dan desakan untuk meletakkan jawatan selepas kekalahan teruk di tangan Bayern Munich.

Ini kerana tidak ada tanda-tanda pemilik majoriti saham Arsenal, Stan Kroenke untuk memecat beliau walaupun apa juga yang berlaku.

Beberapa penyokong mulai berpendapat, Wenger harus melepaskan jawatan beliau dan terima kasih di atas apa yang pernah beliau berikan kepada kelab selama ini.

Bercakap kepada sidang media semalam, Wenger berkata:

“Tidak kira apa yang berlaku, saya akan kekal menjadi pengurus pasukan musim hadapan, sama ada Arsenal ataupun pasukan lain. Itu yang pasti.”

“Saya menerima kritikan. Ia penting di dalam hidup. Saya bertugas dalam organisasi milik orang ramai. Saya harus menerima kenyataan itu dan pada masa yang sama saya harus tidak melatah.”

Ditanya sama ada kritikan ke atas Ozil akan mempengaruhi prestasi pemain tersebut. Ini selepas Ozil kerap ‘hilang’ dalam perlawanan besar.

Wenger menjawab:

“Saya tidak fikir yang kritikan akan mempengaruhi prestasi ataupun mental beliau.”

“Mesut sangat komited kepada kelab ini. Tidak ada keraguan yang dia sentiasa tampil 100% dengan profesionalisme dan komitmen sejak bersama Arsenal. Itu tidak akan pernah berubah.”

Wenger berharap Arsenal akan dapat bangkit daripada kekalahan dan menyeru agar semua pihak bersatu.

Sebagai rekod, Arsene Wenger telah membantu Arsenal menjuarai 3 EPL, 6 Piala FA dan 6 Perisai Komuniti.

Baca juga: Roy Keane Kritik Arsenal, Persoal Kenapa Gibbs Menjadi Kapten?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN