Wenger: “Counterpressing Membuatkan Bola Sepak ‘Menjadi’ NBA”

Bekas pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger telah menyatakan kerisauannya bola sepak pada hari ini.

Ini kerana menurutnya permainan bola sepak pada hari ini lebih menjurus kepada sukan seperti NBA.

Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemuramah oleh So Foot. Antara yang jelas menurut Wenger adalah counterpressing dalam bola sepak.

Ini adalah satu pendekatan yang telah menekanka aspek intensiti secara melampau.

Counterpressing merujuk kepada sistem permainan menekan lawan di tempat mereka sebaik sahaja pasukan itu hilang bola.

Dalam sistem rigid bola sepak pula, sesebuah pasukan yang mahu bertahan perlu turun ke bawah secara unit untuk bertahan/ apabila hilang bola/ diserang.

“Kita telah secara progresif mengikut rentak sukan NBA. Bola sepak hari ini menjadi sangat lasak dan memerlukan pemain lebih atletik.”

“Dan saya secara peribadi bukan peminat bola keranjang. NBA adalah sukan yang menekankan 1 lawan 1, percubaan mencari 3 mata.”

“Hari ini sama seperti bola keranjang, dalam bola sepak, beberapa pemain kreatif telah dihapuskan. Atas sebab ringkas iaitu mereka tak cukup atletik,” tambah beliau lagi.

Wenger kemudian menganggap ada beberapa pemain yang kreatif telah gagal untuk menyerlah kerana penekanan aspek intensiti dan kelasakan di dalam permainan bola sepak.

“Dalam pada masa yang saya adalah, bahayanya perkara seperti ini pada pandangan saya, bola sepak telah berubah menjadi satu sukan yang memerlukan pemain berlari bagai nak gila untuk memenangi semula penguasaan bola secepat mungkin.”

“Tetapi ada yang tidak tahu apa yang perlu di lakukan ketika ada bola di kaki mereka.”

“Pada pandangan saya kita perlu lebih menekankan keseimbangan di dalam permainan bola sepak.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram