Arsene Wenger Mahukan Anthony Martial, Perseteruan Dengan Mourinho Mungkin Penghalang

Arsene Wenger dilaporkan akan mengalihkan tumpuan pembelian pemain pada musim panas ini kepada Anthony Martial sekiranya gagal meyakinkan Kylian Mbappe untuk ke Emirates.

The Gunners sedang bersaing dengan Real Madrid untuk tandatangan Mbappe dari Monaco dan menyasarkan Anthony Martial yang dianggarkan bernilai £40 juta dari Old Trafford.

(Photo credit should read VALERY HACHE/AFP/Getty Images)

Martial seperti sukar mendapatkan tempat di Old Trafford sejak kedatangan Jose Mourinho pada awal musim lepas. Beliau hanya tampil kurang daripada separuh keseluruhan aksi liga pada musim lalu.

Namun demikian, Arsene Wenger risau sekiranya usaha membawa Anthony Martial menyertai The Gunners akan dihalang oleh Mourinho disebabkan ketegangan hubungan kedua-dua pengurus tersebut.

Oleh itu, Arsenal akan memohon agar rundingan membabitkan pembelian Anthony Martial hanya melibatkan pengurusan tertinggi kedua-dua buah kelab.

Arsenal yakin Manchester United akan melepaskan Anthony Martial jika jumlah tawarannya adalah betul untuk seorang pemain yang jarang diturunkan beraksi.

(Photo by Tom Purslow/Man Utd via Getty Images

Sumber dalaman di Arsenal menyebut Wenger mulai obses dengan idea membawa masuk penyerang berusia 18 tahun, Mbappe dan menyamakan pemain muda Perancis itu dengan Thiery Henry.

Nilai £100 juta dan ke atas yang ditularkan di media untuk membawa Mbappe ke Emirates kelihatan seperti mustahil, dengan hakikat Arsenal tidak akan beraksi di pentas UEFA Champions League (UCL) pada musim hadapan.

Sebaliknya, Real Madrid adalah pemenang untuk dua musim berturut-turut kejohanan kelab eropah terbabit dan berada di posisi lebih kuat untuk mengejar Mbappe.

Wenger dikatakan sedang giat memperkuatkan bahagian jentera serangan Arsenal pada musim panas ini dan turut dikaitkan dengan penyerang Lyon, Alexandre Lacazette.

(Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

Sebelum ini, Pierre-Emerick Aubameyang turut dilaporkan menarik minat Arsenal.

Jose Mourinho mungkin merupakan penghalang utama Wenger untuk membawa masuk Anthony Martial. Pada masa yang sama, Manchester United turut perlu melakukan sesuatu sebelum berbelanja besar pada musim ini.

Jika laporan yang mengaitkan kelab Manchester dengan pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic benar-benar direalisasikan, peluang Martial untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Red Devil pasti semakin pudar.

Seorang penyerang Perancis mengantikan seorang lagi pilihan dari Perancis. Mungkinkah Martial pilihan yang lebih berbaloi buat Arsene Wenger dan Arsenal?

Sumber:
1. METRO (2017): Arsene Wenger to move for Anthony Martial if he fails to sign Kylian Mbappe for Arsenal
http://metro.co.uk/2017/06/24/arsene-wenger-to-move-for-anthony-martial-if-he-fails-to-sign-kylian-mbappe-for-arsenal-6732603/#ixzz4l2bzsGjf

2. Joel Watson, Daily Star (2017): Arsenal considering Manchester United winger Anthony Martial as Kylian Mbappe alternative;
http://www.dailystar.co.uk/sport/football/624945/Arsenal-transfer-news-Anthony-Martial-Arsene-Wenger-Manchester-United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN