Wenger Anggap Perpindahan Ramsey Satu Kerugian Buat Arsenal, Keuntungan Untuk Juventus

Adalah satu kerugian buat Arsenal apabila mereka melepaskan Aaron Ramsey ke Juventus menurut bekas pengurus The Gunners, Arsene Wenger.Ramsey menandatangani perjanjian kontrak selama empat tahun untuk menyertai Juventus secara percuma pada Julai akan datang.

Perpindahan tersebut menamatkan tempoh 11 tahun khidmat pemain antarabangsa Wales itu bersama Arsenal selepas berhijrah daripada Cardiff pada 2008.

Rugi

Wenger adalah pengurus yang bertanggungjawab membawa Ramsey ke Arsenal serta mengembangkan potensi pemain tersebut. Maka tidak hairanlah jika Wenger memahami kualiti permainan dan kelebihan yang dimiliki oleh pemain tengah berusia 28 tahun itu.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 01: Aaron Ramsey of Arsenal celebrates after scoring his team’s third goal during the Premier League match between Arsenal FC and Fulham FC at Emirates Stadium on January 1, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

“Itu [perpindahan] akan menjadi kerugian bagi Arsenal. Saya boleh katakan ia [perpindahan] juga akan menjadi langkah yang menarik bagi Ramsey.”

“Dia adalah pemain yang hebat apabila bergerak ke hadapan. Kualitinya ialah, dia boleh menyimpan bola dan dia boleh membuat gerakan  menarik dari baris kedua.”

“Anda tidak akan boleh menemukan banyak pemain sekarang ini yang boleh membuat pergerakan tanpa bola dari tengah. Ini akan menjadi kelebihan yang menarik bagi Juventus,” kata Wenger.

Salah Wenger dan Gazidis

Sementara itu, legenda Arsenal, Ian Wright sebelum ini pernah mendedahkan masalah yang dihadapi Ramsey di Emirates.

Wright menuduh Wenger dan CEO kelab, Ivan Gazidis sebagai punca Arsenal terpaksa melepaskan Ramsey.

HOBOKEN, NJ – JULY 24: Arsene Wenger the Arsenal Manager and Ivan Gazidis the Arsenal CEO talk at the Emirates Business Breakfast in the Ballroom in the W Hotel at on July 24, 2014 in Hoboken, New Jersey. (Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Menurutnya, mereka berdua gagal mencari jalan penyelesaian dalam isu lanjutan kontrak Ramsey bersama Arsenal.

“Dia [Wenger] telah keliru nagaimana untuk menangani situasi Ramsey. Beliau  seharusnya berbincang dengan Ivan Gazidis yang pemain [Ramsey] ini harus segera menandatangani kontrak baru. Beliau sepatutnya melakukan segala usaha yang terdaya untuk menghalangnya keluar dari pasukan. Yang saya hairan, bagaimana mungkin mereka lebih fokus urusan lain daripada mengurus hal seperti ini.”

“Mempertahankan Ramsey adalah tugas Gazidis. Dia seharusnya menyedari bahawa Ramsey adalah aset yang berharga untuk Arsenal.” kata Wright.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN