Weigang & Perak Berpisah: Apa Reaksi Pembaca Semuanya BOLA?

Perginya Karl-Heinz Weigang dari pasukan Perak telah menjadi topik perbualan hangat bola sepak Malaysia hari ini.

Keputusan ini membuatkan peminat bola sepak Malaysia terutamanya pasukan Perak terbelah kepada 2 kelompok. Ada yang gembira kerana Perak akan mendapat jurulatih yang lebih muda dan idea yang lebih segar.

Namun majoritinya nyata sedih dengan pemergian beliau.

Kami cuba mendapatkan reaksi dari pembaca Semuanya BOLA di Facebook dan juga Twitter mengenai reaksi anda semua.

“Terima kasih!”

Rata-rata pembaca kami semua mengucapkan terima kasih kepada Weigang diatas jasa yang beliau berikan.

Ternyata mereka amat sedih dan menghargai atas apa yang beliau pernah lakukan kepada pasukan Perak dan skuad Olimpik negara satu masa dahulu.

Malah ada juga pembaca kami yang tak dapatkan dengan kata-kata mengenai pemergian Weigang, hanya emoji sahaja yang mewakili perasaanya – malah ada yang guna titik noktah sahaja!

PAFA dikecam

Namun disebalik kesedihan, ada juga yang marahkan PAFA. Bagi mereka, keputusan yang dilakukan oleh PAFA adalah keterlaluan memandangkan apa yang telah dilakukan oleh beliau.

Ada yang secara terang-terangan berkata yang mereka bencikan PAFA. Malah ada juga penyokong pasukan lawan yang turut simpati dengan situasi yang melanda.

Namun begitu, ada juga yang tetap positif lagi optimis dengan pemergian beliau sambil memberikan sokongan kepada pengendali baharu – Mehmet Durakovic.

Tahniah Encik Azman, komen anda telah memenangi alam maya hari ini.

Nyata jelas keputusan untuk menyingkirkan Weigang ini bukanlah mudah untuk dilakukan, namun ia mungkin perlu diambil jika mahu melihat pasukan mara lebih tinggi.

Berikut antara reaksi pembaca Semuanya BOLA di laman Twitter dan juga Facebook kami. Terima kasih kepada semua yang memberikan komen di laman sosial kami!

Ikuti Facebook kami di Semuanya BOLA dan juga Twitter di @mysemuanyabola .

Baca juga:Β 7 Pemain Bola Sepak Yang Laju Tahap Olimpik, Tetapi Lemah Dalam Produk Akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram