#WeCareDoYou: Kenyataan Gagasan Penyokong Arsenal Mahu Pengurusan Kroenke Bangun

Para penyokong Arsenal bersatu untuk menulis warkah kepada pengurusan tertinggi Arsenal menyatakan kekecewaan dan rasa dipencilkan.

Dari kelmarin lagi para penyokong Arsenal bersolidariti dengan tanda pagar #WeCareDoYou ataupun ‘Kami Peduli, kamu bagaimana?’.

Ada yang menggunakan ‘banner’ ini dalam akaun media sosial mereka. Ada boleh terus ‘simpan’ imej ini di dalam peranti anda untuk dimuat naik ke ‘banner’ media sosial anda, jika anda mahu bersolidariti.

Menurut mereka, sejak penubuhan kelab itu, para penyokong tidak pernah merasa begitu jauh dengan pihak pengurusan. Suara mereka tidak didengari serta diendahkan.

Berikut adalah surat terbuka yang ditujukan oleh gagasan penyokong Arsenal kepada Pemilik dan Lembaga Pengarah Arsenal:

“Sebagai penyokong Arsenal, kami kecewa menyaksikan prestasi pasukan bola sepak ini yang kian merudum dalam dekad terakhir ini. Apabila Stan Kroenke mulai membeli saham di Arsenal, ketika itu Arsenal bersaing dalam final pertama Liga Juara-Juara Eropah.

12 tahun berlalu, Arsenal [kini] sedang mempersiapkan diri untuk bermain di Europa League untuk tahun ketiga berturut-turut.

Di luar padang, para penyokong tidak pernah merasai terasing seperti ini, suara kami tidak didengari mahupun dinilai.

Kesedihan ini tergambar apabila Stan Kroenke secara desakan telah membeli baki saham terakhir yang dimiliki oleh penyokong tanpa memberikan sepatah ayat penghargaan di atas pemilikan mereka di kelab ini.

Terasa seolah-olah Arsenal berada di persimpangan jalan [crossroad]. Ada perkara yang perlu diubah.

Apa yang kita semua sebagai penandatangan kepada kenyataan ini ingin lihat adalah: tindakan yang drastik oleh Stan Kroenke bagi menghidupkan kembali kelab bola sepak kita.

Ini menuntut kerja-kerja bagi menguatkan lembaga kelab dan eksekutif bola sepak – dan sekali lagi menjadikan Arsenal sebagai tempat di mana para penyokong merasakan kelab ini benar-benar milik mereka.

Perubahan perlu bermula dengan kepimpinan yang lebih baik. Dalam dokumen pengambilalihannya, Stan Kroenke berkata: “Cita-cita KSE untuk kelab ini adalah untuk melihat kelab ini bersaing secara konsisten dalam persaingan memenangi EPL dan UCL.”

Kami hanya melihat bukti yang sangat sedikit bagaimana semua ini boleh dicapai. Bahkan kami merasakan kelab ini seperti kenderaan pelaburan, dan dimaklumkan oleh pemilik bahawa mereka tidak membeli Arsenal untuk memenangi trofi.

Ianya sangat menyedihkan apabila insituasi seperti Arsenal FC memiliki pemilik yang pasif seperti ini. Semua kami mahu melihat matlamat dan hala tuju yang jelas.

KSE haruslah mulai lebih terbuka dan berakauntabiliti serta menjelaskan bagaimana mereka boleh mencapai matlamat untuk memenangi trofi major.

Jika Stan Kroenke tidak berada di London, beliau perlu memastikan ahli lembaga pengarah yang beliau amanahkan mampu untuk menggalas matlamat.

Kita perlu dalam kadar terdesak untuk pelantikan [kepimpinan] yang baru dan dinamik. Penambahan pengarah yang berpandangan bebas – boleh bertindak sebagai penyemak dan pengimbang yang sebenar kepada pemilik.

Calon yang ideal hendaklah yang memiliki kepakaran sepak bola dan komersial – yang relevan dengan keperluan sesebuah kelab bola sepak pada tahun 2019, dan idealnya mesti ada ‘DNA Arsenal’.

Arsenal telah melabur wang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun pendekatan mereka untuk membeli pemain dan membayar gaji kelihatan tidak terkoordinasi – dan kelihatan kurang strategik.

Terdapat juga banyak pulangan yang lumayan di kalangan individu dalam bola sepak senior. Lembaga pengarah yang kuat akan mampu untuk menguruskan perkara ini secara proaktif ini.

Pada hari perlawanan, Stadium Emirates boleh menjadi tempat yang tiada jiwa. Atmosfera yang hambar dan terdapat beribu-ribu kerusi kosong – yang merencatkan [pemandangan] hampir setiap perlawanan.

Jika Arsenal benar-benar peduli, mereka akan memastikan kerusi-kerusi itu tidak terbiar kosong – dengan melabur dalam sistem tiket yang lebih baik dan menyokong inisiatif secara aktif seperti aspek keselamatan.

Kelab ini menggunakan slogan ‘Sentiasa mendahului permainan’. Adalah baik untuk kita melihat adanya tindakan yang membuktikan perkara ini.

Akhir sekali, bola sepak di England dan seluruh Eropah kini diancaman dengan cadangan mewujudkan Liga Super Eropah.

Perkara ini didorong oleh ketamakan oleh beberapa kelab elit yang ingin mendapatkan kemasukan ke peringkat tertinggi di peringkat Eropah setiap tahun. Kenapa anda perlu peduli untuk menamatkan liga di tangga ke-5 atau lebih rendah jika sudah terjamin tempat ke pertandingan Eropah?

Arsenal dan kelab-kelab yang lain perlu faham, bahawa peminat tidak mahu hanya menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan yang lebih bermotifkan meraih hasil penyiaran dan jualan tiket lebih tinggi. Anda boleh menyebutnya ‘francais’ Bola Sepak Eropah.

Arsenal harus segera menjelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan terlibat dalam perkara seperti ini.

Sebagai Penyokong Arsenal, kami sangat peduli. Kami ingin mendengar dari kelab kami dan melihat tindakan yang menunjukkan bahawa mereka juga peduli.

Kesempatan pertama [untuk menjelaskannya] akan tiba apabila Pengarah Urusan dan Ketua Bola Sepak [Head of Football] akan bercakap dengan penyokong yang dijemput pada 25 Julai. Kami menggesa mereka untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan di sini. Kami akan menyaksikannya dengan penuh minat.

Penandatangan:

Arsenal Armed Forces Supporters Club

Arsenal Supporters’ Trust (AST)

Black Scarf Movement (BSM)

Gooner Fanzine

Goonerholic

Gunners Town

Highbury Library

Hugh Wizzy

Invinciblog

Le Grove

7am Kick Off

REDACTION

She Wore A Yellow Ribbon Blog

The Highbury Squad

Yankee Gunner Blog

You Are My Arsenal Blog

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram