Wayne Rooney: Van Gaal Mampu Jadikan Man Utd Pasukan Yang Kuat

Wayne Rooney

Legenda hidup Manchester United, Wayne Rooney mengakui bahawa beliau amat terkejut apabila melihat kelab tersebut memecat pengendali kelahiran Belanda, Louis Van Gaal.

Rooney juga berpendapat bahawa Manchester United akan menjadi sebuah pasukan yang lebih kuat sekiranya terus berada di bawah bimbingan pengurus kelahiran Amsterdam itu.

Van Gaal yang dilantik sebagai pengurus The Red Devils hanya sempat berbakti selama dua musim sebelum dipecat pada 23 Mei 2016.

Sepanjang dua musim tersebut, Van Gaal berjaya menghadiahkan kejuaraan Piala FA 2015/16 setelah berjaya menewaskan Crystal Palace dengan keputusan 2-1 pada perlawanan akhir.

Namun, kejuaraan dihadiahkan Van Gaal itu masih belum cukup untuk meyakinkan pengurusan tertinggi United yang mengambil keputusan membawa masuk Jose Mourinho sebagai pengganti bagi mengisi kerusi panas tersebut.

”Luluh hati saya apabila mendengar berita pemecatan Louis. Bagi saya, satu kegembiraan yang amat sangat dapat bekerjasama dengannya.”

Embed from Getty Images

”Kami [Manchester United] seharusnya mengekalkannya bagi musim ketiga. Kami akan menjadi sebuah pasukan yang kuat,” ujar Rooney menurut laporan Goal.

”Saya merasakan kami menunjukkan peningkatan dan para pemain sudah mula memahami visinya. Dalam dua musim, saya telah belajar banyak benda berbanding dengan mana-mana pengurus yang lain.”

”Inilah sebabnya mengapa saya akan selalu berterima kasih kepadanya. Tidak hanya kerana menjadikan saya sebagai ketua pasukan, tetapi juga atas segala kepercayaannya terhadap saya.”

”Kami tidak mampu menjadi pasukan yang terbaik dalam saingan liga, kami tidak mampu kerana kehilangan 12 orang pemain yang mengalami kecederaan.”

”Kesebelasan utama terbaik kami sudah cukup baik untuk bersaing dalam kedudukan empat terbaik tetapi sekali kami dibelenggu masalah kecederaan, kami berada dalam masalah kerana kami tidak mempunyai kualiti yang sama dalam pasukan seperti tahun-tahun sebelum itu.”

”Pada masa yang sama, ia bagus buat saya kerana saya memilih untuk menjadi seorang pengurus. Dan bekerja dengan Louis adalah tidak ternilai buat saya, kerana saya dapat belajar banyak perkara dengannya,” ujar Rooney lagi.

Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Louis Van Gaal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN