Datuk Bandar Washington DC Mengisytiharkan 2 Julai Sebagai Wayne Rooney Day

Semua sudah sedia maklum bahawa penyerang terkemuka, Wayne Rooney telah memilih haluan baru dengan berpindah ke Amerika Syarikat.

Bekas pemain Everton dan Manchester United itu menyertai kelab Major League Soccer, DC United.

Sesi pengenalan pemain itu telah berlangsung lewat semalam di Washington DC. Namun, telah berlaku satu pengisytiharan yang menggembirakan banyak pihak.

2 Julai

Bagi menyambut kedatangan pemain tersebut, Datuk Bandar Washington DC, Muriel Bowser (jangan sebut sebagai Browser!) telah mengisytiharkan 2 Julai sebagai Hari Wayne Rooney.

Dokumen pengisytiharan telah dimuat naik di akaun Twitter rasmi DC United. Muriel dan penduduk Washington DC meraikan Wayne sebagai ikon penting bandar raya itu sebagai ‘Sports Capital’.

Wayne Rooney sewaktu temuramah menyatakan beliau memilih Washington sebagai destinasi tempat barunya kerana tidak mahu menghadapi kepadatan di kota utama negara itu.

Beliau memaksudkan New York dan Los Angeles. Wayne turut menyatakan beliau tidak berminat untuk tinggal di London disebabkan alasan yang sama.

Mahu kerjasama

DC United memberikan jersi bernombor 9 untuk Wayne Rooney. (Photo by Patrick McDermott/Getty Images)

Bekas ketua pasukan England itu menginginkan kejayaan di negara Uncle Sam. Beliau turut menegaskan bahawa beliau berpindah ke sana bertujuan untuk menghabiskan sisa-sisa karier sebagai pemain.

Rooney telah turut ke sesi latihan sebelum diperkenalkan secara rasmi oleh barisan media. Beliau telah diberikan jersi bernombor 9.

Perlawanan pada 14 Julai 2018 dijangka akan menyaksikan Wayne Rooney membuat penampilan rasmi untuk DC United.

Tarikh itu bermakna juga untuk kelab itu kerana mereka menggunakan stadium baru, Audi Field buat kali pertama.

DC United dijangka menentang Vancouver Whitecaps pada perlawanan tersebut.

Moga berjaya

Washington DC merupakan ibu negara bagi Amerika Syarikat. Ia merupakan satu wilayah khas yang dibentuk untuk ditadbir sendiri tanpa ditadbir melalui negeri lain di Amerika Syarikat.

Ia boleh diumpamakan dengan Wilayah Persekutuan di Malaysia.

Apa pun, semoga berjaya buat Wayne di sana. Ada masa boleh layan WWE pula!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN