Wartawan Sepanyol Dedah Plot Perpindahan Libatkan Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo

Dunia bola sepak berkemungkinan akan digemparkan dengan satu lagi perpindahan berprofil tinggi membabitkan salah seorang pemain terbaik dunia sebelum jendela perpindahan tertutup.

Sebelum ini perpindahan Lionel Messi dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) telah menarik perhatian dunia dengan liputan tanpa berputus selama berbulan lamanya.

Situasi serupa mungkin akan berulang, kali ini melibatkan seteru kepada Messi iaitu Cristiano Ronaldo yang dikhabarkan akan ke Real Madrid.

Berita perpindahan kembali Ronaldo ke Real Madrid bukanlah perkara yang mengejutkan, dan ia telah didedahkan oleh wartawan El Chiringuito de Jugones, Edu Aguirre baru-baru ini.

Menurut Aguirre – yang juga mempunyai hubungan baik dengan Ronaldo – perancangan sebenar Real Madrid dan Florentino Perez pada musim panas ini ialah untuk mendapatkan Kylian Mbappe.

Namun demikian, penyerang muda Perancis itu dinilai pada tanda harga €120 juta oleh Paris Saint-Germain (PSG). Mengambil kira baki kontrak selama semusim sahaja lagi, nilai tersebut dilihat sebagai tidak masuk akal oleh Real Madrid.

Situasi rumit itu menyebabkan Carlo Ancelotti mahu beralih kepada Cristiano Ronaldo untuk memperkuatkan skuad Los Blancos pada musim ini. Malah Ancelotti dikatakan obses dengan idea membawa pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu kembali ke Madrid pada musim panas ini.

Masa depan Ronaldo bersama Juventus sebenarnya mulai menjadi perbincangan mulai penghujung musim lalu.

MARCA sebelum ini pernah melaporkan Ronaldo telah memberitahu kepada rakan-rakan sepasuknya di Juventus yang beliau mahu meninggalkan kelab tersebut.

Dengan pendedahan tersebut, Ronaldo mahu meninggalkan pasukan ketika musim panas ini dengan jika ianya benar terjadi, urusan perpindahan dijangka akan diadakan selepas tamat EURO 2020.

Ronaldo masih lagi mempunyai setahun lagi di dalam baki kontraknya bersama-sama Juventus.

Dan jika benar pemain itu mahu berpindah, ini adalah masa terbaik untuk kelab itu melepaskannya bagi mendapatkan sedikit wang hasil penjualan pemain itu.

Tiada pengesahan Ronaldo akan meninggalkan Turin untuk kembali ke Real Madrid pada masa terdekat dari pemain itu mahu pun pihak kelab setakat ini. Namun berbaki dua minggu jendela perpindahan, Edu Agguire mendakwa apa-apa pun boleh berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN