Warnock: “Liverpool Kelab Memalukan, Saya Sepatutnya Guna Pintu Belakang Untuk Dapatkan Clyne”

Neil Warnock melabel Liverpool sebagai kelab yang memalukan dan menganggap kelab berkenaan tidak mempunyai kredibiliti- selepas Cardiff City gagal mendapatkan Nathaniel Clyne secara pinjaman.

Pengurus Cardiff itu mendakwa dirinya dijanjikan oleh Liverpool khidmat Clyne secara pinjaman. Namun Warnock kecewa selepas mengetahui melalui televisyen, bahawa bek kanan tersebut telah menyertai Bournemouth pada Jumaat lalu.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)
Debut profesional

Warnock merupakan jurulatih yang bertanggungjawab memberikan Clyne debut sebagai pemain profesional ketika kedua-duanya bersama di Crystal Palace pada 2008.

Selain daripada Liverpool, Warnock turut tidak bersembunyi meluahkan kekecewaan beliau dengan membidas sikap Clyne berkenaan perpindahan ke Bournemouth itu.

(Photo by Henry Browne/Getty Images)

“Untuk mengetahui mengenai perkara ini melalui televisyen selepas anda melakukan segalanya mengikut peraturan, serta selepas dijanjikan beliau akan menjadi pemain saya pada minggu ini, ia adalah perkara yang sangat memalukan dan tidak ada kredibiliti,” ujar Warnock dengan nada kecewa selepas melihat pasukan beliau disingkirkan pasukan League One, Gillingham di pertandingan Piala FA.

“Perkara yang lebih mengecewakan ialah kerana saya mengenai Nathaniel [Clyne]…dan tidak mendapat sebarang panggilan telefon dari beliau atau pun Liverpool, ia sikap yang busuk.

(Photo by Robin Jones – AFC Bournemouth/AFC Bournemouth via Getty Images)

“Ia tindakan yang mengecewakan, tiada kredibiliti, anda boleh panggil apa sahaja untuk sikap dan perbuatan sebegitu.

“Apabila anda sedang menanti selepas melakukan segala perkara mengikut aturan yang sepatutnya, anda selayaknya dihormati. Tetapi mereka tidak menunjukkan perkara itu langsung kepada kepada kami.

Guna pintu belakang

Clyne yang juga merupakan pemain antarabangsa England sudah pun tampil buat pertama kali bersama Bournemouth, sebelum tewas 3-1 kepada Brighton di pertandingan Piala FA.

Disebabkan menanti pengesahan dari Liverpool untuk Clyne, Warnock mendakwa beliau turut terlepas untuk mendapatkan tiga pemain, yang sebelum itu turut berpotensi untuk menyertai Cardiff City secara pinjaman.

(Photo by Robin Jones – AFC Bournemouth/AFC Bournemouth via Getty Images)

“Mungkinkah saya perlu menggunakan pintu belakang untuk mendapatkan khidmat Clyne, atau cara-cara lain yang tidak betul? Patutkah saya berbuat demikian?” tambah Warnock lagi.

“Saya telah melakukan semuanya berdasarkan peraturan dan kemudian Bournemouth turut memberikan tawaran. Mungkin kerana Bournemouth telah membayar £19 juta untuk [Dominic] Solanke, ia sedikit sebanyak mengubah pendirian mereka.

The Guardian melaporkan mereka telah menghubungi Liverpool untuk mendapatkan komen, namun pendahulu Liga Perdana Inggeris itu memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN