Warganet Tagih Janji Simeone Yang Mahu Jual Tembikai Jika Juventus Bangkit

Warganet tidak mahu melepaskan peluang untuk menagih janji daripada Diego Simeone sebaik sahaja Atletico disingkirkan Juventus daripada saingan UCL.

Segalanya bermula apabila sebelum perlawanan wartawan bertanya; adakah Simeone bimbang dengan kebangkitan Juventus dalam perlawanan ke-2, walaupun Atletico membawa bekalan 2 gol.

“Adakah kamu berharap akan ada kebangkitan daripada Juve ke atas Atletico sama seperti yang dilakukan Ajax dan Manchester United? Saya akan menjual tembikai di jalanan Madrid jika perkara itu berlaku.”

Malang untuk Simeone apabila kebangkitan itu benar-benar terjadi. Lebih perit apabila legenda Real Madrid telah menjadi watak penting dalam kebangkitan tersebut.

Hatrik oleh Cristiano Ronaldo telah membuatkan pasukannya tersingkir. Bahkan keraian ini juga seperti ditujukan oleh Ronaldo kepada beliau.

Ini adalah keraian melampau Simeone ketika kemenangan Atletico ke atas Juventus yang membuatkan beliau didenda €200,000 oleh Uefa.

Bintang Atletico, Antoine Griezmann mengakui mereka sepasukan gagal untuk melaksanakan tugas mereka di Turin dan membuatkan mereka tewas.

Lantaran kekalahan itu, ramai yang menagih agar Simeone menunaikan janjinya agar menjual tembikai.

https://twitter.com/Eddy_OA/status/1105593958095339521

https://twitter.com/SWGworld/status/1105722031184728070

Adakah janji ditepati atau dicapati? Sama-sama kita nantikan respon Diego Simeone. Dan mungkin beliau boleh mencuba berniaga tembikai di Malaysia, yang ketika ini sedang panas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN