Crouch: “Wanye Rooney Adalah Penyerang Yang Tidak Dihargai Di England”

Wayne Rooney, satu masa dahulu adalah tunjang kepada serangan Manchester United dan juga England.

Namun kini, beliau semakin dilupakan. Kehadirannya semakin tidak dihiraukan sekeliling.

Nak kata faktor usia, beliau baru sahaja 31 tahun dan dalam bola sepak moden umur sebegitu masih lagi boleh memberikan prestasi yang baik buat pasukan.

Bagi rakan sepasukan beliau di England satu ketika dahulu iaitu Peter Crouch, beliau merasakan Rooney sepertinya tidak mendapat penghargaan yang diberikan.

“Sebagai pemain yang menjadi penjaring terbanyak untuk England dan juga Manchester United, saya rasakan Rooney tidak dapat penghargaan yang sepatutnya beliau dapat.”

Bagi Crouch, Rooney mempunyai naluri seorang penyerang yang cukup semula jadi dan permulaan karier beliau yang cukup awal membuatkan beliau berhak menerima penghargaan yang sewajarnya.

“Beliau ada naluri penyerang yang cukup baik.”

“Kita kena ingat, beliau mulakan karier seawal usia 16, 17 tahun dan beliau punya karier yang cukup hebat.”

“Saya juga boleh katakan beliau adalah antara bakat terbaik yang pernah dihasilkan oleh England.”

Crouch juga pasti satu masa nanti pasti peminat bola sepak akan kenang semula apa yang Rooney sudah lakukan untuk bola sepak.

“Sampai masa, kita semua akan kenang semua jasa yang beliau beri untuk permainan ini.”

Sumber:

  1. Sportsmole (2017): Peter Crouch: ‘Wayne Rooney has been undervalued’; http://www.sportsmole.co.uk/football/man-utd/news/crouch-rooney-has-been-undervalued_300873.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN