5 Sebab Mengapa Wanita Di Malaysia Minat Bola Sepak

Wanita minat bola sepak! Itulah yang akan dikupas dalam artikel kali ini. Kami ingin menyenaraikan antara 5 sebab wanita minat bola sepak di negara kita.

Untuk pengetahuan semua, artikel ini adalah hasil perkongsian pendapat dengan rakan-rakan kami di media sosial. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Kredit foto: Wan Diana

Satu kajian daripada The Times meyatakan di Jerman, selepas Piala Dunia Jerman 2006, nisbah kehadiran lelaki dan wanita ke stadium adalah:

64% : 36%.

Pada hari ini di Jerman, purata nisbah lelaki dan wanita datang ke stadium adalah:

58% : 42%

Kami percaya peningkatan juga berlaku di negara kita walaupun angkanya tidak setinggi di Jerman.

Realiti pada hari ini banyak page bola sepak yang besar ada pentadbir wanita yang memilki pengetahuan dan passion yang tinggi dalam bola sepak.

1. Sebab memang minat bola sepak

Ia adalah perkara yang sukar dijelaskan. Biarlah orang cakap apa. Ada yang cakap, wanita minat bola ni sebab pemain kacak.

Kredit Foto: Siti Nurfaziana Sakiman

Itu hak masing-masing. Yang pasti, untuk wanita yang memang minat bola sepak, mereka sudah ditanam minat itu, tidak kira sejak kecil, sewaktu sekolah, di kolej ataupun selepas berkahwin.

Ia sama seperti mengaitkan lelaki yang minat K-pop seperti perempuan. Peminat K-pop lelaki tetap tak kisah kerana mereka memang minat bukannya melanggar ‘kontrak sosial’ pun.

Hari ini ramai wanita ada pengetahuan yang baik tentang sukan bola sepak ini. Walaupun tidak pakar menjelaskan secara taktikal. Lelaki pun ramai tak mampu menjelaskan aspek bola sepak yang lebih kritikal.

Namun sampai ke wanita, ada sahaja stereotaip tanya, ‘kau tahu pasal offside ke?.’ Sedangkan ramai juga lelaki yang buta offside apabila melibatkan situasi yang lebih sukar.

Senario pada hari ini semakin ramai wanita boleh menghuraikan aspek teknikal dan taktikal dalam bola sepak.

2. Unik

Sudah menjadi kebiasaan untuk setiap orang sukakan sesuatu yang unik. Ketika di sekolah dahulu misalnya, semua orang ada bekas pensil, namun setiap orang mahukan bekas pensil yang berbeza dari yang lain.

kredit foto: Nana Gani

Misalnya dahulu, ada yang mahu nampak unik dengan menggunakan bekas pita VHS sebagai kotak pensil.

Menonton bola sepak adalah sesuatu yang unik untuk seorang wanita di negara kita. Ia juga salah satu cara seorang wanita mahu membezakan diri mereka daripada kelompok majoriti yang lain.

Memiliki jersi bola sepak akan membuatkan wanita itu tampil berbeza di khalayak. Apatah lagi memiliki kereta yang dihias dengan tema bola sepak.

Sukan ini dipelopori oleh peminat lelaki. Untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem penonton bola sepak, ia seperti seorang lelaki yang mengenakan pakaian pink sambil lepak dengan kawan-kawan mereka.

Wanita memang sukakan benda yang nampak comel untuk digayakan termasuk jersi, perhiasan, dan cendera mata yang berkaitan dengan bola sepak.

Kredit foto: Wan Diana

3. Kerana orang tersayang

Salah satu sebab wanita minat bola sepak ialah pengaruh orang tersayang ini. Ia bukan sahaja melibatkan teman lelaki ataupun suami.

Malah ramai wanita yang minat sesebuah pasukan bola sepak kerana ayah ataupun abang. Pengaruh abang biasanya lebih kuat kerana mereka adalah rakan sepermainan dari kecil.

kredit foto: Melaka United (MUSA) / Nur Farehien Ecah

Itu jika abang mereka cuba mengajak mereka minat sesuatu pasukan bola sepak. Ini lebih kepada isu perkongsian hobi adik-beradik.

Ada juga keluarga yang memang sokong satu pasukan bola sepak kerana ‘waris’ daripada ayah mereka.

Ada juga yang mendapat hadiah jersi ataupun cendera mata yang berbentuk barangan bola sepak dari orang tersayang pada suatu ketika dahulu. Ini juga boleh menjadi asas seorang wanita menjadi penyokong bola sepak.

Ada juga yang minat bola sepak kerana sentimen dan nostalgia yang tertentu. Misalnya, orang yang mereka sayangi telah tiada di dunia. Arwah pula sangat minat dengan sesuatu pasukan bola sepak dan pasukan tertentu.

4. Pemain

Jika di atas ada sedikit perdebatan tentang stereotaip pasal pemain kacak. Namun ia tidak bermaksud faktor ini dinafikan.

Tapi ia biasa, ada juga lelaki yang tengok bola sepak wanita semata-mata sebab Alex Morgan ataupun Louisa Necib.

kredit foto: Syu Haida

Pemain idola ini subjektif, ada yang memilih sebab yang kacak ini. Misalnya menjadikan Beckham sebagai sebab menyokong dan menonton perlawanan Manchester United.

Ada juga yang menyokong Arsenal kerana Thiery Henry. Ada yang menyokong Barcelona sebab Ronaldinho.

Ada pula yang menjadikan pemain yang ada kaitan dengan mereka sebagai sebab untuk minat bola sepak. Misalnya, ada ayah atau abang mereka bermain bola sepak di peringkat tertinggi termasuk mewakili Malaysia.

Ia akan menyemai sikap bangga terhadap sukan bola sepak sebagai satu simbol keluarga mereka.

Pemain sebagai hero ini juga boleh jadi pemain yang menunjukkan sikap terpuji di luar padang.

5. Sosial/riadah

Kredit foto: Siti Nurfaziana Sakiman

Ia melibatkan pergaulan di luar dan juga di media sosial. Di luar mungkin wanita ini ramai kawan lelaki yang selalu lepak bersama-sama. Ia boleh mewujudkan minat untuk kekal dalam kelompok rakan-rakan mereka.

Menjadikan aktiviti menonton bola sepak sebagai riadah hujung minggu bersama-sama. Hal ini banyak berlaku ketika di kolej kediaman, sekolah dan sebagainya.

Pada hari ini di media sosial, perkembangan bola sepak adalah perkembangan sukan yang paling banyak. Mana tidaknya, apabila sukan ini menjadi sukan nombor 1 di dunia.

Jadi, dengan pendedahan yang banyak ini, ia dapat mempengaruhi wanita untuk minat dan menyokong bola sepak.

Menyokong bola sepak juga akan mewujudkan komuniti yang tersendiri. Mereka sangat aktif menganjurkan sesi bermuhibbah sesama penyokong dan juga penyokong lawan.

Dari aktiviti santai sehinggalah aktiviti menhadiri perlawanan ataupun kejohanan di dalam  dan di luar negara.

kredit foto: Memey Comot

Bertemu pula dengan rakan-rakan baru, wanita yang sama minat bola sepak, ia adalah momen yang indah.

Sambil merasai suasana menonton bola sepak ketika gol sambil mendengar bunyi hingar bingar. Apabila kalah, semua akan berkongsi kecewa. Itulah semangat yang wanita bukan peminat bola sepak tidak akan rasai.

Ada juga yang menjejak stadium-stadium besar di luar negara kerana hobi ini seperti yang dilakukan oleh Shafawati Malik. Ianya semua kerana bola sepak.

kredit foto: Shafawati Malik
kredit foto: Shafawati Malik
kredit foto: Shafawati Malik

Rumusan

Itulah antara 5 faktor wanita minat bola sepak. Kami di semuanyaBOLA sangat menghargai peminat bola sepak dari kaum hawa.

Kredit foto: Puteri Ming

Kadangkala mereka berhadapan dengan serangan seksis daripada peminat lelaki. Sikap sebegini harus diubah. Bola sepak adalah sukan yang memiliki jaringan komuniti yang besar.

Hal ini digariskan oleh FIFA bahawa kesamarataan adalah asas dalam komuniti bola sepak.

Kita adalah komuniti bola sepak!

[adrotate group=”6″]

Baca juga: 5 Sebab Wanita Kurang Minat Menonton Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN